Quantcast
Channel: MERADONG TODAY
Viewing all 3667 articles
Browse latest View live

Rakyat digesa terus memberi sokongan kepada #CMAdenan

$
0
0

Rakyat di negeri ini digesa memberi sokongan padu kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang kini sedang berunding dengan kerajaan pusat dalam penurunan kuasa yang sepatutnya dimiliki kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa menegaskan, perjuangan murni Adenan harus mendapat sokongan dan dukungan semua tanpa mengira pegangan politik kerana manfaatnya kelak akan dinikmati bersama.

“Begitupun, apa yang dilakukan oleh Adenan bukan bermakna kita mahu keluar dari Malaysia…tidak sama sekali.

“Ia sebaliknya hak yang kita terlepas seperti yang termaktub dalam perjanjian yang telah dimeterai pada tahun 1963.

“Maka itu, berilah mandat kepada beliau untuk terus berjuang demi anak-anak Sarawak dan generasi akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2016 di Kampung Melayu Engkilili di sini, semalam.


Pembunuh Upahan ada di Malaysia..

$
0
0

Bunuh upahan di Malaysia sudah bertapak. Wajib bantras agar tk jadi industri kecil yg celakai kehidupan damai kita.

20 individu ditangkap kerana disyaki terlibat aktiviti perjudian

$
0
0

Seramai 20 individu ditangkap kerana disyaki terlibat aktiviti perjudian dalam 15 serbuan yang dijalankan dalam tempoh 25 hingga 31 Julai lalu di seluruh negeri ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Dev Kumar, suspek-suspek yang ditahan termasuk wanita dan seorang warga asing, berumur dalam lingkungan 18 hingga 48 tahun.

“Lima belas serbuan itu menjurus kepada penangkapan 20 individu yang terlibat dalam loteri awam tanpa lesen dan judi atas talian.

“Wang tunai berjumlah RM4,905 turut dirampas dalam serbuan tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Perjuangan Kerajaan Negeri adalah lebih kepada memperjuangkan hak-hak negeri #Sarawak

$
0
0

   Kerajaan negeri Sarawak tidak pernah tuntut nak keluar Malaysia!! Perjuangan kerajaan negeri adalah lebih kepada memperjuangkan hak-hak negeri dan menuntut penurunan kuasa (kuasa autonomi) daripada kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.
     Berbeza dengan perjuangan Sarawak for Sarawakians (S4S) yang terbukti kotor dan tidak mendapat restu dan sokongan majoriti rakyat negeri, nak negeri Sarawak keluar dari Malaysia. Biar rakyat negeri yang cinta dan hormat dengan perlembagaan dan undang-undang bersama terlibat dalam proses tuntutan pengagihan kuasa dari kerajaan pusat ke kerajaan negeri dengan lebih beretika dan bertamadun.

Kelab Bolasepak JDT Terima Sebuah Kapal Terbang

$
0
0

DYMM SULTAN JOHOR BERKENAN MENGURNIA SEBUAH KAPAL TERBANG KEPADA KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM

Kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim menerima satu lagi berita gembira apabila DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada hari ini berkenan mengurniakan sebuah kapal terbang Gulfstream 550 kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim yang akan digunakan oleh pegawai kelab dan para pemain.
Kapal terbang ini akan siap dan diserahkan kepada JDT pada pertengahan tahun 2017.
Dengan kurniaan tersebut, JDT turut melakar satu lagi sejarah baru sebagai kelab pertama tanahair yang mempunyai kemudahan pengangkutan udara sendiri. Allah Peliharakan Sultan..

Pemandu Trailer maut dalam kemalangan di Jalan Selangau-Tatau

$
0
0

Seorang pemandu lori trailer maut dalam satu kemalangan yang berlaku di Jalan Selangau-Tatau pagi tadi. Setakat ini punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.

Polis Tubuh Pasukan Khas buru Pembunuh Upahan #KPN

$
0
0

Polis Diraja Malaysia menubuhkan pasukan khas bagi memburu pembunuh upahan. Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pasukan khas itu mengabungkan tiga unit elit.

Majlis Ramah Mesra Adilfitri anjuran JAIS & USK Sarikei

$
0
0

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI
28 Syawal 1437H / 02 Ogos 2016M

Alhamdulillah...berjaya menganjurkan Ramah Mesra Aidilfitri JAIS & USK Sarikei di hari-hari terakhir Syawal. Terima kasih kepada yang hadir memeriahkan majlis kami...
Foto by jais sarikei paib


Kebakaran Rumah Panjang Rh. Charles Egat, Sg. Langop, Sibu

$
0
0

SIBU – Satu kebakaran berlaku mengakibatkan Rh. Charles Egat, Sg. Langop, Sibu di sini.

Dianggarkan sebanyak 14 pintu hangus dalam kejadian petang tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.
Foto : Friend klxpress Sarawak

Sarawak menumpas Terengganu (2-1) #LigaSuper2016

$
0
0

KUCHING - Episod duka yang menyelubungi pasukan Sarawak selepas merekodkan kekalahan demi kekalahan sebelum ini terubat apabila merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Terengganu pada aksi Liga Super 2016 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan skuad Bujang Senang mengumpul 18 mata selepas mengharungi 16 perlawanan.

Pada perlawanan itu, Sarawak terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Makache Ndumba pada minit ke-2.

Terengganu kemudiannya merapatkan kedudukan pada minit-21 hasil jaringan Vincen Bikana.

Memasuki 11 minit babak kedua, tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti dan gol tersebut disempurnakan Gilmar Jose Da Silva.

Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat 90 minit perlawanan. -Kosmo-

PKR Sarawak sokong usaha #CMADENAN rundingan penurunan kuasa dengan kerajaan Pusat.

$
0
0

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menyokong penuh usaha Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Adenan Satem dalam rundingan penurunan kuasa dengan kerajaan pusat.

Pengerusinya Baru Bian juga berkata PKR Sarawak sanggup membantu kerajaan dalam apa jua cara termampu namun menegaskan Ketua Menteri harus telus dan memaklumkan isi kandungan rundingan tersebut.

Selain memberi peluang kepada PKR Sarawak memberi maklum balas kerana rundingan penurunan kuasa itu melibatkan hak-hak rakyat dan penentu masa depan generasi akan datang, tambahnya.

Menurut Baru umum sedia maklum Ketua Menteri sebelum ini menyatakan rundingan autonomi dengan kerajaan persekutuan telah mencapai fasa kedua dan pencapaiannya setakat ini amat dihargai.

Makmal Dadah Ketamin Didalangi Geng 36 Diserbu

$
0
0

KUALA LUMPUR – Polis berjaya mematahkan operasi makmal dadah ke­tamin pertama di Malaysia yang dipercayai didalangi Geng 36 selepas menyerbu sebuah kilang kitar semula di Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 5 pagi itu, Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman turut merampas sejumlah 269 kilogram dadah jenis ketamin yang dianggarkan berjumlah RM16 juta.

Menurut sumber, pihak polis menahan sebanyak 23 individu berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun termasuk empat lelaki warga tempatan yang dipercayai ahli kumpulan Geng 36.

Kata sumber, 19 suspek yang lain adalah lelaki warga India yang didatangkan khas ke negara ini untuk memproses dadah dan ada di antara mereka berperanan sebagai ‘ahli kimia.’

“Kilang itu dipercayai mula beroperasi sejak awal tahun ini dan bahan-bahan kimia yang diperlukan untuk memproses dadah tersebut turut dibawa masuk dari India.

“Dadah yang dirampas dipercayai untuk dipasarkan ke seluruh negara. Difahamkan, sindiket ini mula memproses dadah jenis ketamin ekoran harga dadah yang melambung tinggi selain sukar didapati di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengucapkan syabas atas kejayaan Sting menerusi laman Twitter rasmi miliknya.

“Syabas STING @PDRMsia tangkap 23 orang termasuk ‘Chemist’ dari India dan bongkar makmal proses ketamin di Johor Bahru. Rampas 269 kilogram ke­tamin. #GoPDRMGo,” ujarnya. – Utusan

Pesta Limau 2016

$
0
0

Pesta Limau 2016 dijangka bermula pada  23 October sehingga 29 October 2016.

Peruntukkan RM35 Juta memperbesarkan Poliklinik di Kuching

$
0
0

Kementerian Pertahanan Malaysia telah bersetuju untuk memperuntukkan RM35 juta untuk membesarkan lagi poliklinik di Kuching, RM25 juta untuk penambahbaikan Institut Kesihatan Angkatan Tentera di Terendak dan RM35 juta lagi diperuntukkan khusus untuk projek pembinaan Insititut Penerbangan Perubatan di Pangkalan Udara Tentera Udara DiRaja Malaysia, Subang. Tidak dilupakan juga, penambahbaikan akan turut dilakukan  terhadap Hospital Tentera di Kota Kinabalu dan ibukota Kuala Lumpur.

Semoga segala usaha yang dijalankan ini dapat mengangkat perkhidmatan Perubatan Ketenteraan Negara kepada satu aras yang lebih tinggi seterusnya menjadikan Angkatan Tentera Malaysia disegani diperingkat serantau dan dunia.
Foto by : FB hishammuddin hussein

Jangan ambil mudah dengan penubuhan Parti Baharu Tun Mahathir @Khairykj

$
0
0

SEPANG: Pemuda UMNO diingatkan supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata adalah terlalu angkuh untuk menganggap sedemikian kerana parti baharu itu ditunjangi nama-nama besar seperti Tun Mahathir sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Saya tidak mahu dengar ada kalangan Pemuda berkata ia hanyalah parti serpihan atau parti kecil yang tidak akan bertahan lama…itu angkuh namanya dan orang Melayu tidak suka.

“Sepatutnya kita kata tidak apa, penubuhan parti itu kita ambil serius sebab yang tubuhkannya adalah orang-orang besar, namun kita tetap yakin dan percaya parti itu tidak akan mendapat sokongan majoriti orang Melayu berbanding UMNO,” katanya.
FMT


Aksi pedofil memburu mangsa di sekolah rendah dirakam.

$
0
0
SIBU: Polis Sibu menahan seorang lelaki berusia 28 tahun petang semalam kerana disyaki terlibat dalam dua kes mencabul kanak-kanak.
foto by sarawakvoice
Lelaki terbabit dicekup oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sibu, selepas gerakan mengesan dan memburunya dilaksanakan Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisoner Saiful Bahri Abdullah memberitahu, dalam kes pertama, pedofil itu telah melakukan pencabulan dengan menyentuh bahagian sulit murid perempuan sebuah sekolah di Jalan Bukit Assek dekat sini.
“Sebelum ini, kita juga menerima laporan bahawa lelaki yang sama telah meramas dada seorang lagi murid perempuan,” katanya.
Saiful berkata, pihaknya memandang serius kes seumpama ini, apatah lagi dengan aksi pedofil ini yang memburu mangsa di sekolah-sekolah rendah.
“Kita berjaya mengenal pasti suspek setelah mangsa melakukan pengecaman melalui sistem kamera litar tertutup (cctv) yang dipasang di sebuah sekolah lain yang terletak berhampiran.
“Suspek kini dikenakan perintah tahanan reman empat hari bagi membolehkan pihak polis mengadakan pemeriksaan lànjut.
“Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, atas kesalahan melakukan cabul,” lanjutnya.
Kata Saiful lagi, pemeriksaan awal mendapati suspek pedofil ini terlalu obses dengan bentuk badan wanita lalu bertindak melakukan perbuatan terkutuk itu, walaupun mangsa adalah kanak-kanak sekolah rendah.
Rakaman imej suspek kini menjadi viral di media sosial di negeri ini.

200 kayu balak dirampas di Sarikei oleh PPM Wilayah 5

$
0
0

200 kayu balak dirampas di Sarikei oleh PPM Wilayah 5

Sebanyak 200 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 menerusi Op Pensura di kawasan Kem Sungai Pakan, Sarikei berjaya dirampas  pagi semalam.

Bertindak atas maklumat awam, PPM Sarikei telah menjalankan pemerikaaan ke atas kawasan berkenaan.

Komander PPM Wilayah 5, ACP Salehuddin Mat Zaman berkata, hasil pemeriksaan anggotanya mendapati kesemua longgokan kayu balak yang dijumpai tersebut tidak mempunyai cop 'Log Product Index' (LPI) dan tidak dibayar royalti kepada Jabatan Perhutanan Sarawak.

"Semua kayu balak yang dianggarkan bernilai RM25,000 itu telah diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak untuk tindakan lanjut di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015.

"Rampasan ini erupakan yang keempat berjaya dibuat oleh PPM Sarikei dan yang ke 22 oleh PPM Wilayah 5 sepanjang tahun ini," jelasnya.

Beliau memberitahu lagi, pihak polis sentiasa komited dalam membanteras aktiviti pembalakan haram di negeri Sarawak dan operasi yang berterusan dari masa ke masa adalah menjadi fokus utama mereka.
Sumber:sarawakupdate

Keadaan Bintangor pada zaman 60an

$
0
0

Binatang 60an dulu-dulu ... sekarang Bintangor you. Banyak cerita kenangan terindah selama 5 tahun mengaji di sini.
Foto by buserra sran

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.

MAJLIS PERASMIAN SUKAN PARALIMPIAD MALAYSIA KE-18

$
0
0

MAJLIS PERASMIAN SUKAN PARALIMPIAD MALAYSIA KE-18

Lebih dari 5,000 orang telah menghadiri majlis perasmian Sukan Paralimpiad Malaysia ke-18 yang berlangsung di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak, Petra Jaya hari ini. Majlis perasmian telah disempunakan oleh YB Dato' Seri Douglas Uggak Ak Embas iaitu Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang mewakili Ketua Menteri Sarawak. YAB Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Haji Satem.

Turut hadir sama adalah mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Badawi serta isteri, Tun Jeane Abdullah merangkap penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), YB Datuk Fatimah Abdullah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sukan Paralimpiad ke-18, YB Tan Sri Morshidi Abdul Ghani merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola sukan Paralimpiad edisi kali ini. Selain disajikan dengan pertunjukan kebudayaan etnik pelbagai kaum, para hadirin juga menyaksikan upacara lintas hormat oleh kesemua kontinjen yang mengambil bahagian dalam Paralimpiad 2016.
Foto by mohamad faishal mfbujang

Viewing all 3667 articles
Browse latest View live