Quantcast
Channel: MERADONG TODAY
Viewing all 3667 articles
Browse latest View live

Sarawak has set a milestone by appointing Dr Sabariah Putit as Deputy State Secretary (Administration)

$
0
0

Congrats Sabariah! You are the first woman to hold such position.

Sarawak has set a milestone by appointing Dr Sabariah Putit as Deputy State Secretary (Administration) – the first woman to hold such a position.

The Borneo Post reported that Sabariah, in her new post, would focus on performance and service delivery transformation in relation to issues such as state civil service transformation, educational attainment of students, state public relations strategy, welfare and sports.

She will be working with the state’s two other deputy state secretaries – Ismawi Ismuni and Jaul Samion.

Sabariah, who was appointed to the post on August 8, paid a courtesy call on Chief Minister Adenan Satem Wednesday.

She told the Borneo Post that she aspired to see Sarawak progress further and that all Sarawakians would be able to benefit from the state’s development.

“No doubt, there are many challenges ahead, but with more women holding decision-making positions in the civil service, we are ready to work hand in hand with the men in transforming the state as a whole.

“I’m privileged and honoured to serve in the Sarawak civil service,” she said.

Sabariah’s credentials are quite impressive.
Having served in the state civil service for the past 28 years, she has previously held senior positions such as State Human Resource Unit director, Human Resource Development and Quality Unit director, and chief executive officer for the Centre for Modern Management.


Kemalangan Lori balak..

$
0
0

Lori balak accident berdekatan dengan Simpang Jalan Hulu Julau/ SESCO.

Foto by julau 3

Mesyuarat Persiapan Pesta Limau 2016

Najib berik laptop dengan 33,000 calon SPM Sarawak...

$
0
0

Skim Pinjaman Komputer Riba bakal manfaat 33,000 pelajar tingkatan lima di Sarawak.

Kenyataan CM berhubung isu petronas

$
0
0

"This is just the beginning," CM said in a press conference that was held at Hornbill Skyways at Kuching international airport upon his return from KL at 1.30 pm this afternoon. 

Follow the details below: 

YAB CM PRESS STATEMENT ON NEGOTIATION WITH PETRONAS


I had a meeting with the Prime Minister and Datuk Wan Zulkifli Wan Ariffin, CEO of Petronas yesterday at the Prime Minister’s Office in Putrajaya. We have these amicable agreements that:


1) The appointment of Sarawakian as a member of the board of directors of Petronas. The State Secretary will represent Sarawak.

2) The 192 posts now vacant are to be advertised in local papers and to be filled by Sarawakians. PETRONAS is to consult the State Government if no Sarawakian is suitable for the job.

3) PETRONAS will provide up to 50 places for Sarawakians to do undergraduate studies at University Technology PETRONAS.

4) PETRONAS will intensify Technical Training for Sarawakians and enroll more Sarawakians in their training centres throughout the country.

5) PETRONAS is committed to support two (2) Petrochemical Industries now under final negotiation. PETRONAS will also support other Petrochemical and downstream industries after the completion of the Joint Study on Petrochemical Industries with the state government.

6) PETRONAS together with Federal Government will consider the intention of State Government to participate in PSC contracts so that the state can benefit from the contracts.

7) Accepting the working plan by PETRONAS to increase the number of Sarawakians. The figures are to be achieved by 2020:


Management from 33% to 60%

Manager 41% to 60%

Executive  48% 75%

Non-executive 95% to 95%


Total number of PETRONAS Employees in Sarawak:

 

SARAWAKIANS  3,880

NON-SARAWAKIANS 1,310

TOTAL 5,190


Total number of Sarawakians in PETRONAS outside Sarawak = 1,000.


After this the Subcommittee chaired by the State Secretary will review the issuance of work permit with a view to lifting some which are being freezed.  The State will review all 586 positions now pending approval for work permit to ensure that Sarawakians are given priority to fill the posts. 


With regards to royalty and other matters, that will be discussed later on. 


-Ends-


Saturday, 27th August 2016

Lawatan ziarah ke Sare ( mualaf, Puan Rosnah)

$
0
0

Ziarah oleh Hikmah Cawangan Sarikei.

Bantuan Kewangan Bagi Yuran Pendaftaran Kemasukan Pelajar ke Universiti Awam

$
0
0


*Kenyataan*
*YB Dato Seri Idris Jusoh*
*Menteri Pendidikan Tinggi*

*Bantuan Kewangan Bagi Yuran Pendaftaran Kemasukan Pelajar ke Universiti Awam*

Saya telah menerima maklumat bahawa terdapat segelintir pelajar, terutamanya daripada golongan B40 (Bottom 40), yang menghadapi kekangan kewangan untuk membayar yuran pendaftaran bagi kemasukan ke Universiti Awam.

Sehubungan dengan itu, saya telah menghubungi setiap Naib Canselor Universiti Awam mengenai perkara ini.

Alhamdullilah, mereka telah menzahirkan keprihatinan tentang hal ini dan memberi jaminan kepada saya bahawa pihak Universiti sedia membantu para pelajar yang mengalami kesulitan kewangan untuk membayar yuran pendaftaran.

Oleh itu, para pelajar baru diminta untuk hadir pada hari pendaftaran di UA masing-masing dan bolehlah merujuk kaunter khas yang disediakan oleh pihak universiti untuk bantuan kewangan dan keterangan lanjut.

Malah PTPTN juga menyediakan bantuan wang pendahuluan pembiayaan  (WPP) berjumlah RM1500 bagi pelajar yang memerlukan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. WPP boleh ditunaikan oleh pelajar penerima mulai 22 Ogos lepas.

Pelajar-pelajar yang berhasrat utk mendapatkan pinjaman PTPTN, hendaklah memastikan permohonan secara online dihantar sebelum tarikh tutup pada 31 Ogos 2016 dan seterusnya melengkapkan dokumen tawaran mengikut tarikh yang ditetapkan bagi memastikan wang pinjaman dapat diterima dengan cepat.

Mewakili pihak Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi, saya berharap proses kemasukan berjalan lancar agar pelajar berpeluang mengambil tempat untuk melanjutkan pendidikan. Inisiatif-inisiatif ini juga diharap sedikit sebanyak dapat membantu mahasiswa.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat tempat di UA seluruh negara.

Salam #SoaringUpwards

28 Ogos 2016
Putrajaya

46 AKTIVITI JUDI TUMPAS

$
0
0

46 AKTIVITI JUDI TUMPAS

Kuching: Polis Sarawak berjaya menumpaskan 46 aktiviti perjudian atas talian dan penjualan loteri awam tanpa lesen di negeri ini sepanjang minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, 46 serbuan yang dijalankan itu diadakan di 23 daerah negeri ini.

Menurutnya, seramai 72 individu ditahan berusia 14 hingga 70 tahun dalam serbuan itu dan merampas wang berjumlah RM37,722.

"Sebanyak 40 serbuan berkaitan penjualan loteri awam tanpa lesen, tiga judi atas talian dan tiga kerana berjudi di tempat awam.

"Polis merampas 20 komputer dan 16 tablet yang digunakan untuk judi atas talian dab pelbagai peralatan untuk penjualan loteri awam tanpa lesen sepert telefon bimbit dan mesin pencetak turut dirampas," katanya.

Katanya, serbuan akan terus dijalankan bagi memastikan Sarawak bebas dari aktiviti perjudian tanpa lesen.

Sumber: Harian Metro


Pemuda PBB Meradong menyokong pendirian CM Adenan berhubung isu #Petronas

$
0
0

BINTANGOR :  Pemuda PBB N.46 Meradong menyatakan pendirian tegas menyokong tindakan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berhubung isu Petronas, semalam.
Sehubungan itu, Ketua Pemudanya, Halmi Morsili dalam satu kenyataannya berkata,  parti itu menyahut baik tindakan kerajaan negeri  Sarawak yang berjaya mencapai  tujuh persetujuan dengan Petronas.
Menurutnya, kejayaan itu membuktikan keberanian Ketua Menteri mengetengahkan hak orang Sarawak.
“Bukan itu sahaja,  kita juga berjaya meletakkan anak tempatan iaitu Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Gani sebagai ahli Lembaga Pengarah Petronas. Apa yang pasti, itu satu keputusan yang amat mengembirakan kita,” katanya.
Malah ujar Halmi,  persetujuan itu juga membuka lebih banyak peluang kepada anak tempatan untuk bekerja dan melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Perak.
Dalam tempoh jangka panjang  katanya, langkah itu juga berupaya melahirkan lebih ramai anak Sarawak yang memiliki kemahiran.
“Kita mahu impian untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi menjadi kenyataan suatu hari nanti.
“Ini satu langkah bijak yang mempunyai manfaat dalam tempoh jangka panjang.  Bagi saya, anak tempatan perlu memanfaatkan peluang itu dengan sebaiknya.  Mereka perlu bersedia dengan melengkapkan diri dengan  ilmu dalam bidang berkaitan.
“Sehubungan itu, juga berharap perbincangan royalti minyak dan perkara lain dipercepatkan supaya memberi lebih banyak pembangunan terutamanya kepada kawasan luar bandar di negeri ini,” tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata,  perpaduan terus menjadi agenda kerajaan kerana menyedari peranan pentingnya sebagai prasyarat kesejahteraan hidup  masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Katanya, perjalanan sejarah jelas membuktikan pembangunan yang dikecapi hari ini adalah hasil daripada corak hidup masyarakat yang hidup saling menghormati, memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain.

Katanya, senario positif itu juga berkait rapat dengan suasana negara yang tenteram dengan rakyatnya terus menikmati kemakmuran.

“Pemuda PBB sentiasa mendokong usaha itu.  Kita sedar untuk mengekalkan keamanan bukan mudah. Sebagai rakyat, kita patut bersyukur. Kekal dan tingkatlah perpaduan sedia ada,” tegasnya.

Sarikei Merdeka Auto Gathering...

$
0
0

ajuhh merami perkarangan parking lot padang bolasepak kampung seberang Sarikei!
ada Sarikei Merdeka Auto Gathering
dari jam 430ptg sampey 1.oo pagi.
untuk apa2 jak kereta yang mok join,petang tok pun boleh register di tapak event
yuran RM10 (Sticker,bendera Swk/Msia,Pas).
ini hanya auto Gathering..x ada Pertandingan No Autoshow Competition.

kita santai2..
keta sapa ada audio system boleh blast audio lepas jam 0830 malam!
ada lighting boleh show off malam kelak!
pukul 12 kita konvoi kejap area pasar!

jomm!
Sumber :jhoebling sacs

Sejauh mana patriostisma korang?

$
0
0

BEZA SEMANGAT PATRIOTIK BOTAK CHIN DENGAN MP KUCHING DAP, CHONG CHIEN JEN YANG TIDAK MAHU BERDIRI KETIKA NEGARAKU DIDENDANGKAN

Sempena Hari Kebangsaan tak lama lagi, aku nak berkongsi dengan korang satu kisah mengenai penjenayah paling terkenal di Malaysia, Wong Swee Chin atau Botak Chin. Dia ni bukan kepala botak, tetapi botak tu stands for tiga perkataan Hokkien yang bererti Tiada ( Bo ), Kerja ( Tak ) Chin ( Cina ) atau Cina Tiada Kerja atau ‘jobless Chinese’.

Ganas tak ganas Botak Chin, dia pernah rompak Kelab Selangor (Dataran Merdeka) pada Oktober 1975 dan bawa lari RM218,000 ketika itu! Bayangkan 41 tahun lepas pun dia berjaya dah sakau beratus ribu. Dia juga memiliki tak kurang dari 19 pucuk senjata, lima bom tangan dan lebih 1,000 butir peluru!

Kumpulan dia pernah cari dan tembak pegawai polis yang menyiasatnya sampai cedera parah. Masa dia ditahan di Penjara Pudu, dia bukan saja mengamuk, membelasah dan menikam wadar dengan benda tajam, malah dia dah siap rancang nak bom penjara tersebut!

Namun di sebalik betapa ganasnya manusia bernama Botak Chin, izinkan aku berkongsi sedikit 'sisi putih' penjenayah ini untuk kita renung bersama menjelang Hari Kemerdekaan tak lama lagi.

Menurut pakar psikiatri yang memantau perilaku penjenayah itu, Tan Sri Dr. Mahadevan, suatu hari ketika dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan untuk menjalani pemeriksaan jiwa, doktor berkenaan secara diam-diam dan tanpa pengetahuan Botak Chin, telah memasang kamera litar tertutup, macam CCTV lah, dalam bilik khas yang menempatkan penjenayah tersebut.

" Masa kat sana, dia hanya minta TV kerana dia nak tengok semua rancangan dari mula sampai habis siaran. Seperti biasa, setiap kali bila nak tamat siaran di tengah malam, RTM akan memainkan lagu Negaraku.

" Terus terang, saya bagaikan hampir tidak percaya kerana lelaki yang terkenal dengan kes-kes jenayahnya itu AKAN BANGUN setiap kali lagu Negaraku berkumandang!," kata Mahadevan dalam satu temuramah dengan NST kira-kira 36 tahun lalu.

Tidak cukup dengan itu, Botak Chin juga sangat mengagumi Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abd Razak sehingga dia telah menghantar kalungan bunga dan merakamkan simpatinya dalam bentuk kad sewaktu arwah meninggal dunia pada tahun 1976! Dia merujuk Tun Razak sebagai 'Perdana Menteri saya yang tercinta' dan turut melahirkan kekagumannya terhadap Tunku Abd Rahman.

" Bukan senang nak jaga Malaysia...ada tiga kaum besar tau. Bila saya jadi ketua gangster baru saya tau bukan mudah mau jadi pemimpin," katanya.

Nampak? Gangster dan taiko besar pun ada semangat patriotik, orang sekarang? Ermmm malas nak cakaplah.

Botak Chin dijatuhkan hukuman gantung pada 11 Jun 1981. Antara kata-kata yang dia pernah sebut;

" Saya bukan pembunuh, saya penjatuh hukuman. Saya TAIKO! Kalau saya kena gantung nanti, adakah anda nak cakap pegawai penjara itu pembunuh? Sudah tentu tidak. Dia hanya menjalankan tugas ". Sebelum mati, Botak Chin minta mata dan buah pinggangnya didermakan pada mereka yang memerlukan. Dan tak siapa tahu, adakah 'wasiatnya' itu telah ditunaikan atau sebaliknya.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan tak lama lagi. Sejauh mana patriostisma korang?

Nama Pasukan Bakal Berentap di Kejohanan Futsal Piala YB Datuk Norah 2016

$
0
0

Update : 31 Ogos 2016 //7:51ptg

Futsal Piala YB Datuk Norah 2016
Tarikh:3 dan 4 September 2016
Venue :Kompleks Sukan Bintangor

Team
1.JPJ Sarikei(11801)
2.BBIM (11802)
3.ANAPURA F.T (11803)
4.HOODLUM VETERANO (11805)
5.HOODLUM '08(11806)
6.HOODLUM A (11807)
7.J.T.G FC (11808)
8.THE HANA
9.MOLTEN A7OE FT
10.BT8M FT
11.S.L.L
12.GOAL DIGGER FC
13.OZZOOM UTD
14.HACKER FT
15.HMG FC
16.BFC
17.MAROP FC
18.KTB REVOLUTION FT
19.STREAMYX  FT

Cc.
-Kr Halmi Bin Morsili
-Pengadil

"Kita sattle dengan Goalll"...

Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia #Viruszika

$
0
0

Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia, 1 September 2016 berhubung Kes Virus Zika Pertama Di Malaysia.

Sila ambil berat untuk pastikan kesihatan kita selamat.

Senarai Kumpulan Futsal Piala YB Datuk Norah 2016

$
0
0

Futsal Piala YB Datuk Norah 2016
Tarikh:3 dan 4 September 2016
Venue :Kompleks Sukan Bintangor

KUMPULAN A
1.Ozzom UTD
2.BT8MFT
3.SLL
4.HOODLUM 08
5.GOAL DIGGER FC

KUMPULAN B
1.ANAPURA FT
2.JTG FC
3.RES Q A
4.PSKPP SARIKEI
5.HMG FC
6.7STAR

KUMPULAN C
1.HOODLUM VETERENO
2.KTB REVOLUTION
3.STREAMYX  FT
4.RES Q B
5.BBIM
6.THE HANA

KUMPULAN D
1.MOLTEN A7OE FT
2.MAROP FC
3.HOODLUM A
4.HACKER FT
5.JPJ SARIKEI
6.BFC

Isu "Pendrive" diserah kepada SPRM

$
0
0

Terbukti Chief Khairy Jamaluddin cakap serupa bikin... Pendrive diserahkan pada SPRM. Kita tengok sapa pulak nak mengelupur.....
Foto by matkilau penang


HOODLUM A Johan Pertandingan Futsal Piala YB Datuk Norah 2016

$
0
0

Syabas dan Tahniah kepada Johan...kepada yang kurang berjaya Jangan putus asa...Cuba lagi...terima kasih kepada sukarelawan Semua...Pihak Rela Meradong Dan PDRM Meradong....mohon maaf jika ada kekurangan....

Program Pemimpin Bersama Rakyat

$
0
0

Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Serbaguna Kpg Muara Lebaan pada 6.9.2016 yg dihadiri oleh YB Shafiee Ahmad, ADUN N.43 Daro.

Foto by asmanizam ahmad

Jangan biarkan laut kita dicerobohi...

$
0
0

Pemancing versus Pukat Tunda.  Undang-undang sudah jelas. Semoga segera diadili. Siapa sebenarnya tidak menghormati hak serta undang-undang?

#kacakbenderarasmikapal

PKR Sarawak hi hi hi

Perlu ditangani dengan berhati-hati

$
0
0

Rakyat majoriti setuju kerajaan harus serius dalam menangani isu tersebut malahan kerajaan diharap harus berhati-hati dan meniliti sepenuhnya status dan kesahihan identiti pemohon sebelum diluluskan.

Setiap pemohon ini wajib diskrinkan identiti mereka untuk mengelakkan ketirisan dalam melakukan tindakan dan keputusan penting ini. Negara memang memerlukan penambahan pada jumlah penduduk tetapi bukan dengan risiko tersilap mengambil alien dan berdepan dengan impak dan risiko disebalik kesilapan sendiri yang tidak sepatutnya berlaku.

Isu rumah mampu milik

$
0
0

Saya baca banyak kenyataan daripada beberapa pihak tentng kenyataan saya semalam bila saya maklumkan kementerian bercadang utk beri lesen pinjaman wang kepada pemaju perumahan untuk memudahkan urusan rakyat membeli rumah.

Untuk makluman, banyak rumah mampu milik dibina oleh pihak pemaju swasta.Ada juga yang sudah diberi tawaran, tetapi masalah pula dengan pihak bank.

Cadangan ini bertujuan memberi peluang kpd pembeli yg tidak dapat pinjaman dari bank konvesional dan dalam masa yang sama menggalakkan lebih ramai pemaju bekerjasama dgn KPKT utk menyediakan rumah mampu milik.

Kesimpulannya, cadangan ini utk beri pilihan kpd pembeli jika x dpt pinjaman bank mereka boleh pinjam dgn pemaju..terpulang kpd pembeli buat keputusan..pilihan di tangan mrk dan Ini baru cadangan, KPKT akan membuat kajian menyeluruh berkenaan perkara ini.

Tan Sri Noh Omar
Menteri KPKT

Viewing all 3667 articles
Browse latest View live