Quantcast
Channel: MERADONG TODAY
Viewing all 3667 articles
Browse latest View live

Rumah sewa tiba-tiba runtuh di Jalan Hua kiew ,Sibu


KENYATAAN SETIAUSAHA AKHBAR PERDANA MENTERI: PENIPUAN WALL STREET JOURNAL TERBUKTI

$
0
0

*KENYATAAN SETIAUSAHA AKHBAR PERDANA MENTERI: PENIPUAN WALL STREET JOURNAL TERBUKTI*

8 Jun 2016

1. Hari ini, tuduhan palsu Wall Street Journal terhadap Malaysia sekali lagi telah terbukti satu pembohongan, kali ini oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura.

2. Semalam WSJ mendakwa Goldman Sachs memindahkan AS$3 bilion daripada dana terbitan bon 1MDB kepada BSI Bank di Singapura dan sebahagian daripada dana ini kemudian dipindahkan kepada Perdana Menteri. Hari ini, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menyatakan bahawa "Tiada bank di Singapura menerima pemindahan $3 bilion dari Goldman Sachs berhubung dengan penerbitan bon 1MDB ".

3. Sungguhpun berat dakwaan mereka, WSJ tidak memberi sebarang bukti yang boleh menyokong tuduhan mereka - ia kini proses lazim bagi mereka melaporkan Malaysia.  Menggunakan taktik pengecut untuk mengelakkan daripada disaman, WSJ memetik semua dakwaan mereka daripada sumber tanpa nama, seperti "Mereka yang arif dengan perkara itu " dan " Penyiasat" yang tidak dinamakan. Sumber-sumber ini mungkin wujud atau tidak wujud, atau boleh jadi proksi Tun Mahathir Mohamad dan Kempen Anti Najib beliau yang gagal. Rakyat Malaysia tidak mempunyai cara untuk mengetahui kebenaran, kerana WSJ enggan menamakan sebarang sumber.

4. Setiap minggu banyak dakwaan WSJ dari sumber tanpa nama yang telah dibuktikan merupakan pembohongan. Seperti WSJ mendakwa bahawa Perdana Menteri tidak disoalsiasat oleh pihak berkuasa Malaysia, sedangkan beliau telah disoalsiasat selama beberapa jam pada 5 Disember 2015. Atau beberapa laporan WSJ bahawa Perdana Menteri telah melantik Tan Sri Irwan Serigar Abdullah sebagai Gabenor baru Bank Negara Malaysia, sedangkan ini adalah tidak benar.

5. Kini jelas bahawa WSJ telah gagal melapor secara berkecuali dan bebas mengenai Malaysia. Dengan menyampaikan pembohongan yang tidak sahih oleh lawan Kerajaan sebagai fakta, WSJ telah menjadi alat mereka dalam kempen mereka secara terbuka mengisytiharkan  untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dengan menggunakan 1MDB sebagai alasan. Ia perlu disiasat mengapa WSJ menerbitkan begitu banyak pembohongan yang tidak sahih hanya terhadap satu negara dan mengapa sebuah akhbar antarabangsa berat sebelah dalam pelaporan urusan dalaman Malaysia.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN
SETIAUSAHA AKHBAR
PERDANA MENTERI

Sidang media mengenai isu tebingan Sungai runtuh di SK Kampung Buda,Betong

$
0
0

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah menyarankan Kementerian Pendidikan untuk mengambil perhatian segera ke atas 486 sekolah yang berisiko tinggi terhadap hakisan sungai di Sarawak dalam sidang media sebentar tadi.

Kejadian tebing sungai runtuh yang berlaku di SK Kampung Buda Betong beberapa hari yang lalu menunjukkan bahawa perlunya tindakan segera diambil ke atas situasi ini.

Bagaimanapun, kerajaan negeri sudah meluluskan sebidang tanah bagi tujuan bina baharu SK Kampung Buda bersama dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.

Anggaran kos keseluruhan bina baharu sekolah berkenaan menggunakan sistem IBS ialah RM 3 juta.

Permohonan peruntukan bantuan bencana daripada pihak Kementerian Pendidikan juga sudah dikemukakan. 80% bangunan sekolah berkenaan rosak teruk dalam kejadian tebing runtuh berkenaan.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Menteri Kebajikan, Wanita, dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah dan ADUN Saribas Mohammad Razi Sitam.

Sumber: Friend of klxpress Sarawak 

Kontraktor Ali Baba punca Projek Desa Gagal

$
0
0

KUCHING : Projek Desa yang selama ini gagal mematuhi spesifikasi kerana adanya kontraktor-kontraktor Ali Baba yang melakukan kerja dengan sambil lewa sahaja.

ADUN Semop Merangkap Pengerusi BNBBC menyatakan umum mengetahui kontraktor-kontraktor Ali Baba keseluruhannya dimiliki bangsa yang semua orang tahu.

"Saya berharap kerajaan dapat membentuk satu mekanisma atau sistem pemantauan yang tegas terhadap pemegang-pemegang lesen yang tidak bertanggungjawab serta budaya monopoli oleh kontraktor-kontraktor tertentu yang mengawal hampir keseluruhan lesen kontraktor yang membida satu projek disatu kawasan," katanya.

"Kalau hasil kerja projek yang dilakukan benar-benar memuaskan dengan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, mungkin perkara sebegini tidak akan saya bangkitkan," ujarnya

Beliau turut menjelaskan masih terdapat sebahagian besar projek kecil di DUN Semop menunjukkan tanda-tanda pemantauan yang lemah serta mencurigakan.

Abdullah berkata demikian di Dewan Undangan Negeri Sarawak sebentar tadi.-Sarawakiana

#AbdullahSaidol #Semop Terus membela nasib Rakyat di Luar Bandar

$
0
0

SARIKEI : “Perjuangan membela nasib rakyat pedalaman tidak ada titik noktahnya selagi saya bergelar wakil rakyat yang mewakili suara mereka,” itu tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.36 Semop,  Abdullah Haji Saidol.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perlantikan semulanya sebagai Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri.

Menurut Abdullah,  tumpuan utamanya sebagai  wakil rakyat yang mewakili kawasan pedalaman ialah meraih perhatian kerajaan tentang betapa pentingnya usaha merapatkan jurang keselesaan antara bandar dan desa terutama sekali daripada sudut pembangunan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih.

“Saya juga menyeru kerajaan kerajaan supaya mengambil pendekatan terkini lebih agresif bagi memperkasakan industri desa yang merangkumi bidang pertanian dan perikanan. Usaha itu, tidak hanya melalui bantuan subsidi peralatan, baja dan benih sahaja tetapi turut melakukan pemantauan secara lebih teliti ke atas hasil dan kesannya terhadap  sosioekonomi penduduk.

“Sehingga ke hari ini masih ada penduduk  mengeluh dan mendakwa, ada bantuan diterima oleh mereka yang tidak aktif atau produktif.

“Saya juga mahu pemantauan lebih serius dilakukan ke atas sistem subsidi minyak diesel di mana ada cerita kurang enak yang mengatakan ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan  meraih keuntungan segera daripada subsidi kerajaan itu,” katanya.

Beliau menegaskan, kebocoran atau ketirisan tanpa pantauan yang ketat bukan sahaja merugikan rakyat tetapi juga kerajaan.

Ujarnya, setiap perbelanjaan kerajaan harus menghasilkan impak yang besar demi memakmurkan kehidupan rakyat sebagai kumpulan sasaran.

“Saya ingin membangkit sekali lagi projek-projek desa yang tidak dilaksanakan oleh kontraktor ‘Ali Baba’ dengan sempurna serta tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
“Kerajaan sentiasa membawa sebanyak  yang  mungkin projek untuk keperluan rakyat luar bandar. Bagaimana pun,  jika pelaksanaannya dilakukan dengan sambil lewa, hasilnya bukan sahaja mengecewakan penduduk yang akan mengunakan kemudahan itu tapi juga satu pembaziran peruntukan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam PRN ke 11 lalu, hasil   sokongan padu warga desa justeru,  mereka harus mendapat perhatian yang sewajarnya daripada kerajaan.
“Saya juga berharap Kerajaan Persekutuan menyalurkan lebih banyak peruntukan bagi mempercepatkan penyediaan kemudahan asas serta menunaikan janji Piliharaya Negeri lalu. Ini kerana jika perkara ini tidak diambil perhatian serius,  kekecewaan rakyat mungkin akan ditunjukkan dalam Piliharaya Parlimen tidak lama lagi,” tambahnya.

Pengorbanan Masyarakat Bumiputera Pendalaman Sarawak menyebabkan kawasan bandar maju

$
0
0

Pengorbanan masyarakat Bumiputera di pendalaman sejak dahulu lagi menyebabkan kawasan bandar begitu pantas bergerak maju.


ADUN Semop merangkap pengerusi BNBBC Abdullah Saidol menempelak ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen berkata, selama ini pengorbanan masyarakat bumiputera yang memiliki tanah asal di bandar-bandar besar Sarawak pada masa dahulu telah berkompromi dan berkorban untuk pembangunan bandar.

Sebelum itu Chong Chieng Jen mempersoalkan ucapan ADUN Semop yang mengusulkan tentang pembangunan asas seperti bekalan air dan elektrik yang belum menyeluruh di pendalaman yang selama 50 tahun BN tidak laksanakan.

"Kami dan seluruh anak bumiputera Sarawak yang asalnya memiliki tanah asal di bandar pada masa dahulu, berkompromi dan berkorban untuk pembangunan bandar pada awalnya," katanya.

"Sekarang bila masyarakat seperti ADUN Kota Sentosa yang sudah mempunyai elektrik, air dan cukup infrastruktur, mereka mula mempersoal kedudukan bumiputera di pendalaman," ujarnya.

Abdullah turut menyatakan bahawa kenyataan ADUN Kota Sentosa itulah falsafah politik mereka.

"Pangkat, kedudukan dan berpolitik sepanjang masa, itulah falsafah mereka," tegasnya

Malah katanya, mereka (pembangkang) akan kalah lagi pada pilihanraya Parlimen akan datang.

Beliau berkata demikian ketika membidas persoalan ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen di Persidangan Dewan Undangan Negeri sebentar tadi. - Sarawakiana

Awas ayam proses China?!

$
0
0


Mohon dijauhkan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa pihaknya kini sedang menyiasat kes rampasan ayam proses dari China yang cuba diseludup masuk ke dalam negara ini melalui Pelabuhan Senari, Kuching, Sarawak.

JAKIM menerusi posting di laman Facebooknya menasihati agar pembeli sentiasa berhati-hati dalam memilih produk dan barangan yang hendak dibeli.

Difahamkan, isu tersebut dikemukakan oleh akhbar Kosmo! yang bertarikh 12 Jun 2016 dan menerusi gambar yang dipaparkan, produk tersebut turut didatangkan dengan logo Halal yang dipercayai palsu.

"Pengguna yang dihormati, berita yang dinyatakan di dalam akhbar Kosmo pada 12 Jun 2016 adalah berkaitan rampasan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) terhadap barangan yang cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Senari, Kuching, Sarawak.

"Untuk makluman pengguna, Pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAISrwk) bersama KDRM dan KPDNKK masih menjalankan siasatan mengenai pihak yang bertanggungjawab membawa masuk produk tersebut untuk tindakan selanjutnya.

"Sehubungan itu, pengguna adalah dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati di dalam memilih produk dan barangan yang hendak dibeli.", tulis JAKIM menerusi posting tersebut.

Laporan Kosmo! itu mendedahkan, Kastam, JAIS Sarawak dan Jabatan Veterinar Sarawak telah menahan sebuah kontena berisi daging ayam proses di Pelabuhan Senari di sini Selalu lalu.


Keratan Akhbar Kosmo! 12 Jun.

Difahamkan, kontena tersebut diisytiharkan dalam dokumen sebagai sayur brokoli dari China dan bukannya ayam sepertimana yang ditemui.

Laporan itu juga menulis, Jabatan Veterinar telah mengesahkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang permit untuk pembekal mengimport ayam dari China kepada mana-mana syarikat di negeri terbabit.

Susulan kes ini, satu siasatan sedang dijalankan ke atas sebuah syarikat penyimpanan sejuk beku makanan yang beralamat di Bintulu

Sumber:http://beliabangkit.blogspot.com/2016/06/awas-ayam-proses-diseludup-dari-china.html?m=1

Safari Ramadan Hikmah di Meradong

$
0
0

Terima Kasih Hikmah Sarawak kerana singgah di Meradong.. Petugas Sukarelawan...


Penyerahan Sumbangan Safari #Ramadhan di Masjid Tanjung Bundong

$
0
0

Penyerahan sumbangan sempena Program Safari Ramadan agensi-agensi Islam di Masjid Tanjung Bundong malam semalam. Terima kasih kepada KK Dollah Narudin, Pengerusi Masjid serta penduduk yang telah sudi melayan dan menerima rombongan kami.

Sumber:jais sarikei paib

Memperjuangkan dan menyuarakan Suara Rakyat N42 Semop

$
0
0

Kesungguhan dan keberanian Abdullah Haji Saidol, wakil rakyat Semop N42 menyuarakan aspirasi dan keinginan warga kawasan di dalam DUN. Selebihnya proses mempertimbang dan meluluskan permohonan yang disuarakan oleh wakil rakyat adalah perogatif kerajaan.

Hantu Penanggal di tangkap di Bulan Ramadan

$
0
0

Dikatakan konon-kononnya hantu penanggal ini berjaya ditangkap di Jalan Kampung Jemoreng, Matu kira-kira jam 11 malam tadi. Mungkin terlalu sukar untuk kita mempercayainya lebih-lebih lagi dibulan puasa.
Foto by kamek miak Sarawak

Agenda transformasi 'Membandarkan Luar Bandar'

$
0
0

Dalam usaha memudahkan kehidupan rakyat luar bandar ... agenda transformasi 'Membandarkan Luar Bandar' kerajaan yg dilancarkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Menteri KKLW berpaksikan kpd keperluan dan kehendak rakyat di samping memastikan proses pembangunan luar bandar berada pada landasan betul.
      Impian warga desa luar bandar Sarawak yg disuarakan oleh Abdullah Haji Saidol ADUN Semop di DUN baharu ini mendapat restu dan sokongan padu rakyat Sarawak khususnya rakyat luar bandar. Rakyat tetap akan berkerjasama dgn pemimpin yg mempunyai idea dan niat murni dalam berkhidmat. Rakyat harap perlaksanaan infrastruktur asas luar bandar di Bahagian Mukah dan lain-lain di Sarawak akan diperhebatkan.

Isu ' Rural Growth Center' Semop

$
0
0

Menjawab isu 'Rural Growth Center' (RGC) Semop yang dibangkitkan oleh YB Abdullah Haji Saidol ADUN Semop, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu bahawa pihak Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) sedang melaksanakan 37 buah rumah dan dijangka siap pada September 2016. Manakala baki 263 buah rumah akan dilaksanakan secara berperingkat -peringkat dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Januari 2018.

Menurut menteri, di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM55 juta untuk melaksanakan projek penyediaan tapak, infrastruktur, ekonomi, ameniti sosial dan pembangunan komponen yang lain. Kementerian beliau kata menteri akan menjemput pihak berkepentingan termasuk YB Semop untuk turut sama dalam perancangan di RGC.

Besi sepanjang 1.5 m menembusi badan Pekerja Binaan

$
0
0

Nang panjang umurnya tok....

JINAN, June 17 (Xinhua) -- A man has miraculously escaped death after a 1.5-meter-long steel bar pierced through his body two days ago in east China's Shandong Province.

The emergency treatment lasted seven hours and he woke up on Thursday, according to doctors at the Qilu Hospital of Shandong University in Jinan, the provincial capital.

The 46-year-old construction worker, surnamed Zhang, fell off a five-meter high place in an under-construction building in Jinan around 3:00 pm on Tuesday

Foto by China xinhua  news

Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Bahagian Sarikei

$
0
0

Kempen keselamatan jalan raya peringkat Bahagian Sarikei oleh Yb Dato Sri Huang 18/6/2016 di Simpang Bulat
Foto by Paksu Usop


Patutlah Sik pandai bersyukur..

$
0
0

Dasar Sik pandai bersyukur...Sik ditolong madah kerajaan mcm2..bla dah ditolong pandai ungkit2 agik...bagus dah perintah berunding dengan sidak pengganas tok..tok gila2 nak molah sidang media mcm2 agik.. Nasihat kepada gov lepas  tok biar jak sidak dap yang atur lepas tok..sidak pandai gilak..

From FB lim sian see

Just so you are aware..

The person who held the press conference to announce to the world that RM12 million was collected in donations for the release of the 4 hostages and then handed over to police is Datuk Lau Cheng Kiong,

Datuk Lau is the uncle of one of the released hostages, Johnny Lau Jung Hien.

He is also the father of DAP MP for Lanang, Sarawak, Alice Lau Kiong Yieng.

Datuk Lau also used to be a branch chairman for BN component party SPDP some time ago.

Read here to understand why I consider what Datuk Lau did when he held that Press Conference to be very wrong: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1818859444999508

---
http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/06/16/uncle-all-the-money-we-raised-was-handed-over-to-cops/

KENYATAAN YAB PERDANA MENTERI SELEPAS MENANG BESAR DALAM PILIHAN RAYA KECIL SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR

$
0
0

KENYATAAN YAB PERDANA MENTERI SELEPAS MENANG BESAR DALAM PILIHAN RAYA KECIL SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR

1. Saya berterima kasih kepada rakyat kerana meletakkan kepercayaan mereka terhadap Barisan Nasional lagi. Sebagai sebuah kerajaan separuh penggal yang menjadi sasaran fitnah bermotifkan politik, kami dengan rendah diri menerima kemenangan besar itu. Majoriti  rasmi kita di Kuala Kangsar ialah 6,969 berbanding 1,082 dalam pilihan raya umum pada tahun 2013 dan 9,191 di Sungai Besar berbanding 399 pada tahun 2013.

2. Tun Mahathir Mohamad telah menjadikan pilihan raya sebagai pungutan suara kepada kepimpinan saya. Beliau berkempen untuk bekas musuhnya di pihak pembangkang, manabur aib parti sendiri dengan bahasa yang kasar dan mendakwa bercakap bagi pihak rakyat.  Tetapi pengkhianatan ini didorong oleh kepentingan peribadi bukan kepentingan negara.

3. Kini, dengan dua kemenangan majoriti besar ini dan kemenangan besar  72 daripada 82 kerusi Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri Sarawak bulan lepas, menunjukkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional. Mereka menolak pembohongan Tun Mahathir, menolak gabungan gagal beliau dengan bekas musuh dan menolak kecelaruan pembangkang - kerana sebahagiannya bersekongkol dengan Tun Mahathir.

4. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua jentera Barisan Nasional yang dipimpin baik oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Barisan Nasional menang  kerana kita bekerja sebagai satu pasukan. Kita menang dan jika kita terus bekerja keras untuk rakyat dan kekal bersatu padu, kita akan sentiasa menang.

5. Selagi saya sebagai Perdana Menteri, kepentingan rakyat akan diutamakan. Kami akan melaksanakan janji-janji kami kepada rakyat. Keutamaan saya akan terus tertumpu kepada kebajikan ekonomi, kesejahteraan sosial dan keselamatan semua rakyat Malaysia.

PEJABAT PERDANA MENTERI
18 JUN 2016

Terjemahan oleh : KKMM

Kejadian warga emas dipotong kaki oleh penagih dadah

$
0
0

Assalamualaikum YDH Tuan/Puan

Makluman awal kejadian 1 wanita Warga Emas telah dipotong kaki oleh 1 lelaki malayu di percayai Penagih Dadah.

A) Pasir Mas report  2868/16 bertarikh 19.6.16@1840 hrs

B) Pengadu:
Sadli Bin Nordin
Pekerjaan:PDRM

C) Tempat kejadian:
Di rumah Kg Tanjong Rendang, Lemal, Pasir Mas

D) Fakta kes:
Pada 19/06/2016 jam lebih kurang 1825 hrs semasa bertugas di bilik gerakan IPD Pasir Mas telah terima panggilan dari orang awam mengatakan ada 1 perempuan Melayu warga emas telah dicederakan dengan cara menetak pergelangan kaki kiri sehingga putus. Saspek dipercayai penagih dadah.

E) Siasatan awal :

- Mangsa berada di hospital  pasir mas dan dapati mangsa seorang wanita umur 89 tahun. Pergelangan kaki kiri telah ditetak hingga putus. Mangsa kini  dalam keadaan stabil.

-Hasil temubual mangsa mengatakan pada jam 6.00 petang seorang lelaki yang dikenali sebagai  Fikri telah datang ke rumahnya untuk meminta wang. Mangsa tidak memberikan wang yang diminta. Saspek telah memasuki rumah mangsa dan telah menumbuk bahagian muka mangsa dan mangsa terjatuh. Semasa jatuh mangsa melihat saspek memegang sebilah senjata tajam dan telah menetak kaki kirinya. Mangsa menjerit kesakitan dan tidak lama kemudian orang kampung telah datang dan membawa mangsa ke Hospital Besar Pasir Mas untuk rawatan lanjut.

Butiran Mangsa:
Nama:Mek Som Binti Mat Diah
KPT:271128-03-5208 (89th)
Alamat: Kg Tanjung Rendang, Lemal, 17000 Pasir Mas.

- Saspek telah berjaya ditangkap oleh orang kampung dan diserahkan kepada MPV serta dibawa balik ke IPD Pasir Mas.

Butiran Saspek
Nama:Mohd Fikri Bin Noor Rosland
KPT:970228-03-5347 (19th)
Alamat:Kg Tanjong Rendang Lemal 17000 Pasir Mas Kelantan

- Saspek dipercayai seorang penagih dadah.

- Siasatan ditempat kejadian akan dijalankan bersama pihak Forensik.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan perkembangan akan dimaklumkan.

Terima kasih.

Safari #Ramadhan di Gemuan,Bintangor

Pemimpin PKR Sarawak ditembak.

Viewing all 3667 articles
Browse latest View live