Quantcast
Channel: MERADONG TODAY
Viewing all 3667 articles
Browse latest View live

TANYA SOALAN YANG BETUL UNTUK JAWAPAN YANG BETUL.

$
0
0

//Fadzlan Shahibi//
TANYA SOALAN YANG BETUL UNTUK JAWAPAN YANG BETUL...

Memang betul seperti  apa yang d nyatakan oleh Presiden PRS bahawa PBB akan menjadi parti dominan jika  memiliki lebih  daripada 40 kerusi DUN dan akan menjadikan parti komponen lain dilihat tidak releven...

Sememang sebegitu akan tetapi persetujuan  sebelum pilihanraya telah dibuat iaitu mana calon langsung BN bokeh menyertai mana mana parti komponen yang termasuk PBB?
Jadi soalan yang betul di manakah perginya Presiden PRS ketika persetujuan itu dibuat?
Tidak mungkin beliau tidak tahu menahu tentang itu ataupun  tidak mampu mentafsir kemungkinan calon calon tersebut akan menyertai PBB jika menang...Ini baru soalan pertama..

Apabila calon langsung BN ini memenangi Pilihanraya yang lepas mereka mengambil masa untuk membuat keputusan memohon menyertai PBB. Soalan yang betul adalah Kenapa mereka memilih PBB bukan PRS SPDP mahupun SUPP padahal parti parti ini menerima kemasukan pelbagai etnik termasuk kaum Cina?.. Kaji dahulu dan selidik kenapa mereka memilih PBB. Jgn kaji kekuatan PBB kajilah kelemahan yang ada pada parti sendiri terkebih dahulu... Ini soalan yang kedua...

Jika Presiden PRS tidak bersetuju dengan tindakan Wakil Rakyat langsung  BN menyertai PBB dan kesemua ADUN tersebut bertegas tidak mahu menyertai parti parti komponen yang lain adakah beliau akan bersetuju agar UPP menyertai BN Sarawak supaya kesemua ADUN  langsung BN dapat bernaung dibawah parti tersebut seterusnya memastikan PBB tidak menguasai lebih daripada 40 kerusi?..Jika mahu nyatakan secara terbuka. Ini soalan yang ketiga....

BEKAS ahli Teras boleh menyertai UPP dan membentuk sayap Bumiputra dan Sayap Cina di dalam struktur kepimpinan baru mereka jika UPP diterima masuk menyertai BN Sarawak. Namun adalah Presiden SUPP SPDP akan bersetuju dengan penyertaan UPP menyertai BN Sarawak? Kerana jika ianya berlaku maka Kerusi TKM akan turut diberikan kepada Presiden UPP kerana mempunyai 11 kerusi dimenangi dan akan mempunyai 13 kerusi pada pilihnraya akan datang. Dan jika ini berlaku maka DS Wong Soon Koh punyai platform parti  untuk membolehkan beliau berada pada kerusi Menteri Kewangan II seterusnya menjawab pertanyaan Presiden PRS. .. Ini soalan ke empat....

Rumah sudahpun siap kenapa pahat masih berbunyi?. Kesemua keputusan yang diterjemahkan pada pilihanraya yang lepas adalah hasil daripada persetujuan yang dibaut oleh kesemua parti komponen BN termasuk meletakkan keputusan menyertai mana mana parti di bawah budi bicara calon langsung BN yang bertanding.

Itu soalan terakhir....

Nota:

Tunggu sahaja Majlis Tertinggi PBB buat keputusan dan semua harus menerima keputusan itu dengan redha termasuk apabila keputusan itu tidak menyebelahi mana mana pihak yang berkemungkinan akan menggantung dahulu permohonan mereka selama sekiranya kurangnya  2 tahun bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran politik  sedia ada yang  ada pro dan kontra. INI akan menjadikan mereka AdUn Bebas Pro BN.

Ini tidak bermaksud mereka ini tidak boleh dilantik menjadi Menteri kerana jika ianya dianggap pelik maka PM Najib akan nampak ekor di belakangnya kerana melantik DS Idris Jala bekas CEO Mas dan DS Abdul Wahid Omar bekas CEO Maybank menjadi Menteri Penuh..
Keduanya bukan Ahli Parlimen....lagi teruk kalau itulah cara kita melihatnya...


Hulurkan bantuan ....

$
0
0

Assalamualaikum....kami dari Kasm Meradong dengan rendah hati memohon sedikit sumbangan untuk membantu meringankan beban saudara2 kita sempena bulan RAMADHAN yang bakal tiba. Sumbangan-sumbangan berikut berupa:  Beras 5kg
               Gula
               Kopi
               Milo
               Teh
               Susu pekat tin
               Garam
               Ajinomoto
               Kurma

Penyumbang-penyumbang juga boleh memberi wang tunai seikhlas hati ( pihak kami akan membeli bantuan mengikut keperluan )

Waktu penyerahan akhir sumbangan adalah pada sabtu petang ( 04.06.2016 ) melalui ajk2 sumbangan kami seperti d bawah:

Zaini Busrah
Rashid Umar
Intan Diamondtinna
Eddy Junaidyz

Waktu pengagihan sumbangan adalah pada 05.06.2016 ( ahad selepas zohor )

Terlebih dahulu kami dari KELAB ANAK SENI MERADONG mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada penyumbang2 yang sudi bersama2 membantu saudara2 kita yang memerlukan. Semoga semua usaha kita mendapat berkah dan di permudahkan ALLAH S.W.T.....amin.

" Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq/ sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, melainkan Allah akan gantikannya dengan berlipat ganda "

Takziah dan Al-Fatihah....

$
0
0

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kira-kira jam 5.00 petang tadi.

Program Pra Gawai K1M Selemas di Rh.Anthony Empati,Teluk Bulat Bintangor

Projek Pembinaan Jalan Baharu dan naik taraf Kampung Bruit

$
0
0

Projek terkini, pembinaan jalan baharu dan juga naik taraf jalan kampung di Kampung Bruit (Kpg Sesco) dalam kawasan N42 Semop sedang dilaksanakan bermula kelmarin 30 Mei 2016. Terima kasih kerajaan dan wakil rakyat Barisan Nasional di atas usaha murni dan keprihatinan ini. Semoga Kpg Bruit akan terus mendapat pembangunan setimpal seadanya pada masa akan datang.
Foto:Bussera sran

Rumah mangsa Kebakaran di Bintangor hampir siap.

$
0
0

Syabas Dan Tahniah2 kepada ADUN N42 Semop Dan MP P206 Tanjung Manis..kepada Pihak JKKK Dan Semua yang terlibat...Sempat juak diguna pakai Raya 2016..

Hulurkan bantuan #SelamatHariGawai2016

$
0
0

Salam , esok ada sesiapa yang mahu menyumbang pakaian ataupun apa keperluan lain boleh menghantar ke Pusat Khidmat N41 Kuala Rajang (Atas Sugar Bun Jalan Masjid Lama) bagi meringan sedikit saudara kita yang di timpa musibah sebentar tadi.
Berat mata memandang...

Selamat Hari Gawai 2016 @ADUN N42 Semop


Bantuan awal daripada Jentera Pusat Khidmat BN N41 Kuala Rejang

$
0
0

Jentera Pusat Khidmat BN N.41 Kuala Rajang melakukan tinjauan susulan di tapak rumah panjang Benan yang ranap dalam kebakaran semalam. Pada masa yang sama, mereka turut menyampaikan sumbangan pelbagai bentuk barangan termasuk pakaian terpakai, susu dan kelengkapan bayi kepada mangsa. 

Terima kasih dan tahniah atas keperihatinan dan bantuan yang dihulurkan oleh pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba, JPAM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Sungai Sarawak dan termasuk orang ramai dari sekitar kawasan Sarikei.

Foto:FB Dun N41 Kuala Rejang

Khemah Ibadah 2016

$
0
0

Terima Kasih Hikmah Cawangan Sarikei,Pemuda PBB Meradong Dan Pihak Surau Darul Ikhsan Bintangor.

Kebakaran di Kpg Masjid, Betong. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan

KURSUS PRA PERKAHWINAN SIRI 3/2016

$
0
0

KURSUS PRA PERKAHWINAN SIRI 3/2016

Tarikh    : 30 & 31 Mei 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat PAIB Sarikei

Selamat menjadi Raja Sehari kepada pasangan yang melansungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah ini. Semoga berbahagia sehingga akhir hayat dan dikurniakan keberkatan dalam rumahtangga kalian..
Photo by FB Jais Sarikei PAIB

Takziah... Muhammad Ali meninggal pada usia 74 Tahun

Apa itu Paedophile???

$
0
0

/azwa Ahmad/

Paedophilia atau paedophile, adalah satu spesis manusia yang rare. Diorang ni kalau tengok budak-budak akan timbul rasa SEXUALLY attracted.
Rasa STIM.

Scary kan? Scary gila.

Sebenarnya kat Malaysia ni, ada golongan pedophile ini. Memang ada dan memang wujud.

Cuma,
kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit cikedis. Cuba pergi randomly tanya mana-mana parents kat luar sana,
"Apa itu pedophilia?"

80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke nama pokok ke apa.
-______-

Most of us tak aware pasal ni. Dan bila tak aware,
kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak, kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik, kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard dalam pondok guard, kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal, kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat, etc.

Bila baca kes-kes macam ni, kita sedih tapi KITA TAK FAHAM. Tak faham how can all this happen. Kenapa ada orang-orang yang pelik lahanat camtu perangai.
Kerja asyik nak attack budak je.

Itulah dia--
PEDOPHILES.

Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extremeeee sexual imagination towards kids. Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids, tak macam orang-orang normal yang lain. Tengok gambar-gambar contoh di bawah.

Scary kan?
U don't say ini semua tak lojik. Tak masuk akal, etc.
Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu. That's it.

So apa yang kita boleh buat? Itu persoalannya sekarang.

Sebab ibu bapa lah yang kena main peranan PENTING. Kalau bukan mak bapak siapa lagi?
Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita, pak guard tu punnnn pedophile. Cikgu kat sekolah punnnn boleh jadi pedophile. -______-

Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people.
Kita tak mampu nak azan ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar. -..-
Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk mangsa seterusnya. Tapi apa yang kita boleh buat ialah, MINIMIZE THE RISK.

Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita. Contoh paling mudah, SOCIAL MEDIA.

FIKIRRR sebelum upload apa-apa gambar anak di social media. Ye saya tahu anak awak comel. Telanjang pun comel. Semua anak pun comel. Kan?

Tapi jaga privasi mereka. Anak lelaki mahupun anak perempuan. Jaga.

Gambar mandi, gambar tak pakai baju, gambar pakai skirt pendek, gambar terkangkang, gambar tengah change diapers, gambar anak pakai swimming suit, gambar bontot anak, those photos are high-risk photos! Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids yang menggeramkan camtu. Lagi comel lagi geram. You know what i mean.

"Ahhh lantak ahhh. Ni kan anak aku. Facebook aku. Instagram aku. Aku punya suka ahh!! Comel kott gambar anak aku tengah mandi. Lagipun FB aku friends tak ramai. Ada family members dan close friends je."

Bare in mind, pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR, boleh jadi SESIAPA SAJE termasuk ORANG-ORANG SEKELILING KITA.

Yes, anak-anak bagi kita mungkin comel. Adorable like hell. But to pedophiles. They get SEXUALLY AROUSED. Beza kan, comel dengan sexually attractive? Kan?

Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan, ada jugak pedophiles yang senyap-senyap.
Jenis yang save photos or videos of kids yang geram-geram tu, and they MASTURBATE and having sexual imagination using the photos.

Sounds insane kan? Tapi possible. Sumpah possible.

Dan ingat, walau se-private mana pun social media kita, it still can be access by public in so many ways.
Nothing is private when it is ONLINE.

"Ahhh merepek! Selama ni aku upload gambar bogel anak aku, takde apa-apa jadi pun!"

So kau nak tunggu anak kau hilang dulu, kena culik dulu, kena bunuh dulu, baru nak stop publish la? Hmm?

Act now. Mencegah lebih baik dari merawat. Kan?

These are 12 safety rules yang parents are encouraged to follow, to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih.

1) Never post photos of kids yang tak appropriate.
Contohnya tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur terkangkang, pakai skirt pendek, etc. Anak lelaki atau perempuan. Both kena jaga!

2) Never expose specifically lokasi sekolah anak, rumah babysitter anak, tempat anak main, etc.

3) Never post status yang macam, "Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu. Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang."

Atau,

"Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana. Cepat balik tau! Mama nak masak ni."

NEVER.

4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi.
Playground, rumah kawan, kedai, atau ke mana saje. Yes, anak kita mungkin dah boleh berdikari, tahu jalan balik apa semua. But remember, pedophiles are everywhere.

5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki. Tak kisah dalam apa jua keadaan, dengan sesiapa saje. Kalau boleh, AVOID. Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam".

6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu. Observe kelakuan anak, kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa.

7) Alert dengan perangai anak. Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan. There must be something yang ganggu fikiran dia.

8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang, tengok atau "tersentuh" their private part.

9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang (dewasa). Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult.

10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum. Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri. Jangan ditayang-tayang sangat.
Peha nak tayang, bontot nak tayang, ketiak nak tayang. NO!

11) Respect your kids privacy. Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy, hormati kehendak mereka.

12) Kalau ada tanda-tanda anak korang adalah mangsa pedophile, atau korang macam suspect seseorang itu adalah pedophile, terus call ChildLine 15999. Adu lah apa sahaja pasal child abuse kat situ dan dapat kan bantuan.

A Please parents.

We are currently living in an era yang langsung takde barrier. Langsung takde sekatan. Bila takde barrier takde sekatan, hence takde keselamatan. Pandai-pandai jaga diri. Pandai-pandai jaga anak sendiri.

Pedophiles are everywhere. Pedophiles can be anyone.

U don't say these people dont exist. They do. Dan RAMAI sebenarnya. Cuma kita yang tak tahu kewujudan mereka. Because diorang tak bodoh untuk mengaku yang diorang pedophiles. Kan?

Ada juga pihak yang kaitkan jenayah pedophilia ni dengan kos kahwin dan kos sara hidup di Malaysia. Kos kahwin dan kos sara hidup semakin merepek menyebabkan semakin ramai lelaki yang membujang. And they tend to use kids untuk melampiaskan syahwat. Satu, sebab kids senang. Lemah dan tak mampu melawan. Dua, free.

Na'uzubillahi min zalik.

Jom sama-sama kita tengok balik gambar-gambar anak yang kita pernah post dulu. Kalau ada yang kurang sopan atau high-risk, DELETE je.

Bertaubat dan sentiasa mohon perlindungan Allah.
Ye betul, kalau Allah tak izin, takkan jadi. Tapi kalau Allah izin dan benda tu jadi, ia sebenarnya berpunca dari tangan-tangan kita sendiri.

Esok-esok kita kena soal, tentang setiap kemudaratan yang kita tak sedar berpunca dari tangan kita sendiri.

Mintak jauh.

Cc : Adlil Rajiah

p/s: Mohon sebarkan perkara ni supaya lebih ramai ibu bapa aware dan ambil peranan. Lindungi hak anak-anak. Sebab mereka sememangnya berhak mendapat perlindungan yang sepatutnya.

Program Sumbangan Ramadan 1437H

$
0
0

Penyerahan sumbangan kepada mereka yang memerlukan Sempenan Ramadan..Terima kasih kepada penyumbang..Hanya Allah S.WT membalas jasa Dan pahala buat penyumbang... Sebanyak 25 set diserahkan.

-Amanat dari Pengerusi Kelab Anak Seni Meradong
[Alhamdullillah......amanah telah pun kami sampaikan.....walaupun panas terit,  amanah tetap amanah......good job Zaini Busrah Rashid Umar, Aliza Mahdi dan rakan kerjasama kami Butik Ameiye......bahh intan mupok balit ck lokk]

Alhamdulillah.


Selamat Menyambut Bulan Ramadan

$
0
0

Marhaban ya Ramadhan

Bulan suci penuh berkah telah tiba. Saat untuk kita lebih mendekatkan diri pada-Nya dan menjauhi keburukan dan memperbanyak ibadah pada-Nya.

Dengan segala kerendahan hati, saya sekeluarga mohon maaf lahir & batin atas segala salah dan khilaf dan didoakan agar segala Ibadah kita diberkati oleh-NYA dan dipermudahkan segala urusan kita,  Aamiin.

Selamat datang bulan suci Ramadhan dan Selamat Berpuasa.

Admin

Sebanyak RM246,550 Bantuan MRP dihulurkan kepada 52 buah rumah panjang di DUN N42 Semop

$
0
0

Bantuan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar [MRP] berjumlah RM246,550 telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Politik KM merangkap wakil rakyat DUN Semop N42, YB Abdullah Haji Saidol kepada 52 buah rumah panjang semasa kunjungan sempena Hari Gawai Dayak di kawasan DUN Semop lepas.

Program Gawai 2016 yang lalu.

$
0
0

Program Gawai YB Abdullah,Adun N42 Semop , merangkap Ketua Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri Sarawak bersama YB Datuk Norah,MP Tanjung Manis melawat beberapa buah rumah panjang di bawah DUN Semop.Dalam masa yang sama YB Abdullah menyerahkan geran MRP sebanyak RM246550 kepada 52 rumah panjang.

Kemalangan Jalanraya KM 421.7 Bkt Tagar-Bukit Beruntung

Abdullah Saidol kekal sebagai Pengerusi BNBBC Sarawak dan Ketua Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri Sarawak

$
0
0

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol kekal sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Negeri sementara setiausaha kelab baharu, ADUN Sadong Jaya, Aidil Lariwoo.

Barisan kelab tersebut turut menyaksikan ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan sebagai bendahari dan beberapa wakil rakyat baharu sebagai ahli-ahli BNBBC.

Abdullah berkata, Aidil dilantik sebagai setiausaha bagi menggantikan ADUN Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi yang dilantik sebagai Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Tele-komunikasi).

“Hari ini (semalam) kita mengadakan sesi perjumpaan bersama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bersama semua ahli BNBBC termasuk wakil rakyat baharu.

“Beliau (Adenan) berkongsi tentang apa yang dijangkakan daripada BNBBC (semasa persidangan DUN) selain mahukan semua ahli lebih agresif, memahami Perintah Am dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah ADUN dan Mesyuarat BNBBC di Kompleks DUN di sini semalam.

Abdullah berkata, bagi wakil rakyat dan ahli-ahli kelab baharu mereka juga bakal membuat ucapan sulung selain diberi peluang berdebat.

Namun, katanya Ketua Menteri juga mahukan ahli-ahli BNBBC bukan sekadar bercakap mengenai kawasan masing-masing tetapi yang penting secara keseluruhanan termasuk berkaitan negeri.

“Beliau juga mengingat-kan semua wakil rakyat BNBBC termasuk yang baharu menyampaikan penghargaan kepada pengundi yang mengundi sehingga menjadi ahli dalam DUN.

“Ketua Menteri mahukan kami lebih sensitif dengan isu-isu negeri ini bukan perkara berkaitan kawasan masing-masing sahaja selain bekerja-sama antara satu sama lain memandangkan kini ahli-ahli kita ada wakil Cina (SUPP),” katanya berbanding sebelum ini tiada wakil dari SUPP dalam BNBBC.

Abdullah menambah, kini semua wakil kaum diberi peluang menyertai debat dan berharap semua perkara berkaitan rakyat pelbagai kaum akan diwakili.

Malah, dengan adanya Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi semua wakil rakyat yang perlu dilaporkan dalam enam bulan sekali pastinya akan memantau kerja dikendalikan wakil rakyat lebih dekat.

BH

Viewing all 3667 articles
Browse latest View live