Quantcast
Channel: MERADONG TODAY
Viewing all 3667 articles
Browse latest View live

PEGAWAI KHAS MENTERI KAKI PROJEK KENA TAHAN SPRM

$
0
0

Tiga individu termasuk seorang pegawai khas menteri yang bergelar Datuk ditahan reman pada hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender.

Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap pegawai khas itu dan seorang ahli perniagaan manakala seorang wanita berjawatan setiausaha ditahan reman selama tiga hari, bermula hari ini.

Mereka yang berusia antara 31 dan 48 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

SPRM mengemukakan permohonon tahanan reman itu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.


Siapa pegawai khas itu masih menjadi tanda tanya kerana SPRM tidak memaklumkan siapa pegawai khas yang bergelar Datuk itu.

Menurut maklumat kenderaan mewah milik Datuk tersebut juga telah dirampas termasuk Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Camry yang kini diletakkan di Bangunan SPRM, Putrajaya.

TIADA KENAIKAN HARGA MINYAK RON 95

Stress..Makan Jantung Dan Otak Mangsa

$
0
0

Alexander Kinyua pernah dikategorikan sebagai manusia paling kejam kerana tindakannya yang bukan saja membunuh rakan sendiri, malah turut memakan jantung dan otak mangsa.

Namun Alexander terlepas daripada hukuman mati kerana hakim telah mengklasifikasikan kesnya sebagai orang yang sakit jiwa.

Alexander mengaku bahawa bahawa dia tertekan kerana desakan hidup dan juga faktor kewangan disamping masalah peribadi.

ISU AGAMA ISLAM MAINAN POLITIK PEMBANGKANG

$
0
0
Mengapa memeluk agama Islam dijadikan isu???Sejak bila memeluk Islam dijadikan bahan politik....Ini merupakan sikap pembangkang dari Semenanjung yang cuba diserapkan dalam minda orang Sarawak.
Sikap pecah dan perintah  serta perkauman merupakan  mainan politik mereka ini...sedarlah wahai orang Sarawak...

SIAPA SANGKA PLATE 6D PILIHAN ORANG MALAYA...

Penerima BR1M Diminta Maklum Nombor Akaun Bank Kepada LHDN

$
0
0
Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta memaklumkan nombor akaun bank mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) jika belum berbuat demikian sebelum 31 Januari bagi proses pembayaran.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata mulai tahun ini, kerajaan akan menyalur bantuan itu ke akaun bank penerima bagi mengelak mereka beratur panjang di program pemberian BR1M seperti sebelum ini.
"Penerima BR1M yang tidak ada akaun ini tidak ramai, kira-kira 10 peratus sahaja,... sejak program BR1M dilaksana dua tahun lepas, kita mahu adakan penambahbaikan, kita akan masukkan ke dalam akaun bank," katanya.
Beliau juga berkata mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan berkeluarga serta individu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 yang menerima BR1M sebelum ini tidak perlu mendaftar lagi, sebaliknya hanya perlu memaklumkan nombor akaun bank sahaja kepada LHDN, jika belum berbuat demikian.
Bagi mereka yang berpendapatan antara RM3,001 dan RM4,000 serta berkeluarga namun tidak pernah menerima bantuan itu, perlu mendaftar dengan LHDN sebelum 31 Jan ini, katanya.

JAWAPAN KEPADA ISU POLIS MABUK...

$
0
0

Betapa bahayanya  dunia sekarang dengan hanya beberapa keping gambar..boleh menimbulkan fitnah..

Sumber: http://mymedialab.blogspot.com/2014/01/gambar-fitnah-polis-minum-bir-semasa.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

Salam Maulidur Rasul...


Sambutan Maulidur Rasul Daerah Meradong 2014

NASYID KUMPULAN SURAU DARUL IKHSAN

PUKUL ANAK TIDAK SOLAT DITAHAN

$
0
0

SHAH ALAM – Pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden atas dakwaan memukul anak lelaki mereka kerana tidak menunaikan solat telah dikenal pasti iaitu Azizul Raheem Awalludin, kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya Shalwati Nurshal, seorang guru sekolah menengah.

Identiti mereka diperoleh hasil siasatan Astro Awani yang turut mendapat pengesahan daripada sumber yang enggan dinamakan.

Menurut laporan sebelum ini, nasib pasangan itu di mahkamah Sweden bakal diketahui semalam namun sumber menafikan hal itu.

Kedua-duanya direman di pusat tahanan reman di Stockholm selepas ditahan polis di kediaman mereka pada 14 Disember lalu.

Sementara itu, Isnin lalu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin mengesahkan pasangan warga Malaysia di Stockholm ditahan kerana dikatakan menghukum anak.

Pihak Wisma Putra akan membantu sepenuhnya termasuk menyediakan bantuan guaman dan aspek pengurusan kes.

Menurut sumber, kesemua anak-anak dilaporkan berada di bawah penjagaan keluarga angkat di sana.

Penahanan itu disebabkan undang-undang ketat Sweden yang melarang anak dihukum melalui fizikal walaupun tanpa melibatkan kecederaan.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/pukul-anak-tak-solat-pasangan-dikenal-pasti-1.241538

Berita terkini. .kejadian Bot Karam di Kpg Saei Ke Kpg Tekanong

$
0
0

Selamat  petang  dan salam sejahtera tuan,Untuk Makluman(Peringkat Awal terkini pada jam 1535 hrs),Insiden:Bot panjang rombongan perkahwinan terbalik (dari Kpg Saei ke Kpg Tekajong)  beralamat Kampung Kut, Matu Daro ,Mukah .Terima panggilan dari Rc Melaka 135226 hrs.Balai terlibat:BBP Mukah  dengan  4 anggota diketuai PB Hailari (Hilux+Bot) dan Bantuan dari BBP Sibu  dengan 5 anggota diketuai PBKII Samsawi ( Pajero+Bot) serta Sungai  Merah dengan 11 anggota termasuk 3 anggota PPDA diketuai Ketua Balai PKPgB Mashidi(Dmax+Van+Bot) telah pergi untuk menjalankan operasi,Jarak dari balai: 2 jam perjalanan ketempat kejadian, Mangsa: 26 mangsa  terlibat ,8 mangsa selamat ,3 mati dan 15 orang belum diketahui. Pasukan Bravo,PGO Sarawak.

YB SEMOP MELAWAT MANGSA TRAGEDI BOT KARAM

$
0
0

Laporan bot karam di Kpg Kut yg melbatkan 27org setakat pukul 7.30 mlm:
Mangsa selamat:-
1. Anthony Bahari.
2. Habibah Yunus.
3. Naidi Saibi.
4. Jusni Pandi.
5. Raidah Pandi.
6. Median Wasli.
7. Aiman Sepawi.
8. Suraidah Busnu.
9. Melajim Akim.
10. Jebat Busnu.
11. Saamah Drahman.
12. Ija Iteli.
13. Marina Gusti.
14. Slmah Rapli.
15. Manja Wahi.
16. Mah.
17. Naibi Saibi.

Mangsa ditemui mati:-
1. Melati Jeraie.
2. Sekiah Kipli.
3. Merah Morni.
(semuanya perempuan)

Mangsa yang masih hilang:-
1. Borhan Bordan.
2. Riji Dalol.
3. Mahdani Akim.
4. Abu Bakar Mahli.
5. Kalsum Mat.
6. Ebong Rais.
7. Nur Abdullah.

Operasi mencari yang hilang akan dijalankan semula pada pagi esok.

Suasana sedih keluarga tragedi..

$
0
0
https://www.youtube.com/watch?v=2KV6Kzr4ab0&feature=youtube_gdata_player

MANGSA KE 4 DIJUMPAI

$
0
0

Klik video dibawah...
https://www.youtube.com/watch?v=dRRlEHPUkR0&feature=youtube_gdata_player


JENAZAH KE -4 INSIDEN BOT KARAM DI SAIE 2014

SANA SINI INSIDEN BOT KARAM DI SAIE ,SARAWAK

DENGARLAH RINTIHAN WARGA DESA-ABDULLAH

$
0
0

Kejadian ini adalah satu kemalangan yg telah mengorbankan ramai nyawa. Lebih menyedihkan ialah mereka ini semua berasal dr satu kpg dan ada yg bersaudara mara. Ini bukan kejadian pertama yg melibatkan penguna pengangkutan sungai.

Mereka memilih utk mengunakan bot  sebagai pengangkutan mereka kerna pengangkutan darat yg ada amatlah sukar kerna jln ladang yg rosak teruk serta perjlnan yg jauh. Saya byk kali membangkitkan ttg keperluan sistem perhbgan jlnraya yg berpatutan utk masyarakat P.Bruit ini tapi apa yg diberi kerajaan buat masa ini cumalah jlnraya simen yg kecil yg kualiti binaannya sgt mengecewakan.

Skali lagi saya memohon kerajaan pusat utk memberi perhatian serius ttg permohonan jlnraya di desa bukan shj utk kawasan saya tapi juga di kawasan pendalaman yg lain. Warga pendalaman dlm piliharaya yg lepas skali lagi menunjukkan kesetiaan mereka kpd kerajaan kalau dibanding warga kota yg menolak kerajaan walaupun keperluan infrastruktur asas mereka di bandar lengkap diberi kerajaan.

Kpd kerajaan persekutuan, tolonglah balas kesetiaan sokongan warga desa dgn peruntukan yg lebih utk berbagai keperluan infra asas supaya jurang keselesaan antara masyarakat desa dan bandar dpt dikurangkan.

Kenyataan Media CP Sarawak -tragedi Bot Karam 2014

TRAGEDI BOT KARAM DI SAIE,SARAWAK HARI 3-2014

Viewing all 3667 articles
Browse latest View live