WANITA DUA SUAMI
Isu memasuki negara Jepun... Ini komen Anwar Ibrahim
Schumacher Akan Terus Koma
Legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher dilaporkan berada dalam keadaan bahaya sekiranya ditinggalkan dalam keadaan vegetatif berterusan.
Lagenda F1 Jerman berusia 44 tahun itu berada dalam keadaan koma selepas kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis, pada Disember lalu.
Menurut laporan Mirror, walaupun keadaan Schumacher stabil, doktor bimbang sekiranya kerosakan otak Schumacher akan menyebabkan beliau mengalami sindrom Apalik.
Laporan itu menyebut, walaupun jika doktor berjaya menyedarkan Schumacher daripada koma, beliau masih tidak dapat bercakap, bergerak atau makan sendiri.
Koma yang dialami Schumacher memerlukan masa untuk sembuh.
TARGEDI BOT KARAM DI BINTANGOR
Sebuah boat 1Azam perjalanan dari Sg Sian Ke Bintangor telah karam sekitar jam 7 pg tadi.
Difahamkan seramai 16 orang rombongan di dalam bot tersebut untuk upacara pengkebumian ke perkuburan Ng Bangkit Selidap.
15 orang terselamat dan seorang dikhuatiri hilang.Mangsa yang hilang Kenny ak Bisa 28 tahun berbansa Iban.Operasi mencari mangsa masih dijalankan.
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Harun Taib meninggal Dunia
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib yangdilaporkan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganupada kelmarin, telah kembali ke rahmatullah pada lewat malam Jumaat.
Perkhabaran sedih tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi muat naik status di laman Facebook miliknya.Allahyarham Harun Taib dilaporkan masih tidak sedarkan diri pada petang semalam ketika diziarahi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rombongannya.Allahyarham merupakan pemimpin politik PAS di kawasan DUN N22 Manir, Kuala Terengganu dan merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu.Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Fatimah Ibrahim dan lima anak.
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/ketua-dewan-ulamak-pas-pusat-datuk-harun-taib-meninggal-dunia-28882?cp
OPERASI SAR TRAGEDI BOT KARAM BATANG REJANG BINTANGOR
JPAM Sarikei Turut membantu |
Pemanca Suhaili (kanan) turut sama membantu |
Operasi SAR bermula seawal jam 7 Pagi |
KOMANDER OPERASI (SAR) DSP MOHAMAD HAFIPI BIN MD ISA- KPD MERADONG |
senarai nama penumpang yang terselamat |
Ketua Balai JBPM Bintangor |
Bot PDRM |
Penduduk kampung membantu Operasi SAR |
BOT KARAM DI BINTANGOR (2014)
YB DATUK NORAH MELAWAT TEMPAT KEJADIAN BOT KARAM DI BATANG REJANG BINTANGOR
YB Datuk Norah MP Tanjung Manis sempat melawat lokasi kejadian bot karam Bintangor.Dalam lawatan ringkas ini Datuk sempat mendengar taklimat ringkas daripada KPD Meradong.YB juga memberi sumbangan peribadi kepada bapa mangsa lemas.Turut hadir Ketua Balai JBPM Meradong,Pegawai Kanan PDRM Meradong,Pemanca Suhaili,Penghulu Augustine serta Ketua Pemuda PBB N40 Meradong.
MANGSA LEMAS TRAGEDI BOT KARAM BATANG REJANG DITEMUI
INSIDEN BOT KARAM DI BATANG REJANG 2014 (BINTANGOR)
Armada Perang China Nak Serang Malaysia ??
![]() |
Gambar Hiasan |

POLITIK KANGKUNG ANWAR IBRAHIM
Kerana kemaruk kuasa si Anwar ini telah dicalonkan sebagai calon pr bagi dun kajang..permainan politik mudah anwar . ..kisah si anwar ini bermula bila kemelut kuasa antara azmin ali dengan khalid ibrahim berlaku..
Biasalah bila anak kesayangan anwar ini diganggu mulalah si anwar ini melatah..Sikap egois dan dan ketamakkan kuasa menyebabkan anwar ini mencuba nasib di dun Kajang...Dun Kajang dikenali kawasan yang mempunyai ramai penggundi Cina...Disini kita tahu permainan anwar..beliau akan menggunakan taktik 'kangkung' dan sentiment perkauman...boleh periksa nanti semasa pr kecil nanti...heheh..
Oleh kerana agenda kuasa yang tidak kecapaian beliau mimpi jawatan MB Selangor...Tindakan ini menyerupai permainan dap di Penang...Dimana Dap mampu menguasai Penang setelah berapa kali PRU...
Tapi permainan politik anwar ini membebankan rakyat .Wang rakyat terpaksa digunakan berjuta-juta semata -mata untuk membuat pilihanraya kecil baru...Sedangkan pada masa sekarang kita merancang perbelanjaan dengan berjimat cermat..Seharusnya wang tersebut digunakan untuk pembangunan di Sarawak ini. ..
LAGI KEJADIAN PECAH RUMAH...
WAJAH SASPEK BUNUH 3 BERADIK
Seorang remaja berusia 19 tahun yang dikaitkan dengan kematian tiga beradik perempuan kini berdepan hukuman di tali gantung setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh kakak mereka yang berusia 14 tahun di kawasan sawah di Kampung Alor Senibong dekat sini, November tahun lalu.Mohd. Firdaus Mohd. Faridul didakwa dengan niat membunuh Noor Syafikah Nadia Abdullah di Kampung Alor Senibong, Mukim Tajar di sini antara pukul 9.30 malam dan 11.30 malam, 29 November 2013.Dakwaan terhadap remaja yang memakai baju-T warna kuning dan berseluar jeans itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.Dalam kejadian itu, mayat Noor Syafikah Nadia iaitu Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemukan dalam sebuah terusan di Langgar pada 1 Disember tahun lalu, kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat kakak mereka ditemui.Pada prosiding hari ini, tertuduh yang tidak bekerja hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Khairul Hafizuddin Ramli.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang berasal dari Jalan Datuk Kumbar, Kampung Alor Semela di sini.Mohd. Khairul Hafizuddin menetapkan sebutan semula kes pada 4 Mac ini sementara menunggu laporan forensik dan kimia siap.Tertuduh juga tidak dibenarkan diikat jamin.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nor Hasnita Wan Daud manakala Mohd. Firdaus tidak diwakili peguam bela.Difahamkan seorang lagi remaja berusia 19 tahun yang ditahan berhubung siasatan kes berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah tempoh reman tamat hari ini.Mayat Noor Syafikah Nadia ditemukan tertiarap dalam keadaan separuh bogel di kawasan sawah Alor Senibong kira-kira 3.45 petang pada 30 November tahun lalu.Mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma pula ditemukan dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar pada keesokan harinya kira-kira pukul 4.50 petang.Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira pukul 7.30 malam, 29 November tahun lalu untuk ke rumah seorang rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam, yang berdekatan dengan kampung mereka.Namun, mereka tidak pulang ke rumah sehinggalah mayat mereka ditemui dalam keadaan menyayat hati.
Sumber
PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI
HAPPY CHINESE NEW YEAR 2014
Menurut Zodiak Cina, Tahun 2014 adalah Tahun Kuda, yang dimulai pada tanggal 31 Januari 2014 dan berakhir pada tanggal 18 Februari 2015. Kuda adalah tanda ketujuh dari Zodiak Cina yang terdiri dari 12 Shio. Dalam budaya Cina, Kuda adalah simbol kebangsawanan, kecepatan, ketangkasan dan ketekunan. Orang yang lahir di Tahun Kuda adalah orang yang pintar, bertutur kata luar biasa dan memiliki bakat untuk mempengaruhi orang lain untuk mendapatkan sesuatu. Mereka percaya bahwa tujuan mereka dalam hidup adalah "untuk mencari kebebasan individu dan kebahagiaan."
TERKINI..2 REMAJA HILANG-LAGI TRAGEDI BOT KARAM BATANG REJANG
Semua remaja berasal dari rumah buda
Remaja yang terselamat:
1.Edison Jang ak Ali
2.Leonardo ak David
Remaja yang masih hilang:
1.Freedy samuel ak ali
2.Anthony abell ak ali
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan oleh pihak JBPM,POLIS Dan Lembaga Sungai Sarawak.
Mangsa yang terselamat masih dalam keadaan trauma akibat kejadian tersebut.
Pusat Operasi menyelamat pihak Bomba |
Penduduk kampung membantu operasi SAR |
Batang Rejang tempat kejadian berlaku |
REMAJA TERSELAMAT MENCERITAKAN PENGALAMAN SEWAKTU BOT KARAM DI BATANG REJANG
Operasi SAR masih diteruskan |
Bot Polis Marin |
Penduduk kampung turut membantu operasi SAR |
Leonardo ak David (14 tahun) |
Edison ak ali (15 Tahun) masih dalam keadaan trauma setelah mengalami peristiwa berkenan. |
1.Freedy samuel ak ali
2.Anthony abell ak Jimmy
TERKINI...SEORANG REMAJA HILANG DIPERCAYAI LEMAS DITEMUI
PENDUDUK KAMPUNG MEMBANTU MENCARI |
PUSAT OPERASI SAR DI RUMAH BUDA |
ANTARA PENDUDUK YANG MENUNGGU PERKEMBANGAN TERKINI |