REMAJA HILANG (30/1/14) DITEMUI DI MUARA PAYANG
BUAYA PUTIH TIMBUL DI BATANG REJANG
Menurut kawan MT pada jumaat lepas beberapa buah perahu kumpulan kaki pancing membuat trip memancing.Mereka terserempat dengan seekor buaya jolong yang berwarna putih.Walaupun dibuat pelbagai bunyi dan menggunakan lampu spotlight untuk menghalau Buaya Berkenan tidak berganjak malah semakin menghampiri bot /perahu mereka...
Hanya dengan menggunakan mercun yang menghasilkan bunyi yang kuat membuat buaya putih menghilangkan diri atau tenggelam. ..Kejadian ini berlaku pada waktu malam..
Kejadian aneh yang menimpa kumpulan ini sedikit pun melemahkan semangat geng kaki pancing ini.Malah mereka memperolehi rezeki yang lumayan.
![]() |
sekadar hiasan |
![]() |
ikan buris |
![]() |
banyaknya ikan... |
![]() |
kawasan Buaya Putih Timbul |
![]() |
rezeki ikan buris.. |
Mengenai Baucar Kerja RM35 sehari
Baucar Kerja RM35 Sehari : Nampaknya kerajaan sekarang bermurah hati untuk memberikan kepada kalangan anda yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan di kawasan bandar sekaligus melayakkan anda menerima baucar kerja RM35 sehari dibawah pengurusan Kementerian Sumber Manusia.
Caranya? Syarat Baucar Kerja RM35 Sehari? Program Baucar Kerja RM35 sehari ini menyasarkan golongan bekerja di kawasan bandar yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, dan individu yang tidak bekerja. Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut Yang berminat untuk daftar permohonan bantuan baucar kerja RM35 sehari ini harus mendapatkan pekerjaan sambilan bagi melayakkan mereka mendapat bantuan tersebut Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, Orang Asli dan pelajar keciciran turut akan diberikan pertimbangan untuk kelulusan Individu yang layak akan dihubungi secara terus Penyelesaian Masalah Miskin Bandar VS Baucar Kerja RM35 Semak keratan laporan berita di bawah melibatkan masalah miskin bandar yang meruncing ketika ini Permohonan Daftar Borang Baucar Kerja RM35 Sehari Online? Kepada anda yang berminat untuk daftar permohonan baucar kerja RM35 sehari ini, semakan keputusan individu yang layak akan dipilih berdasarkan data e-Kasih (SEPERTI DI SINI).
RENUNGAN SEJENAK ...FIKIR...
Kita perlu berhati-hati ketika berkata-kata sehingga boleh membezakan yang mana satu gurauan dan yang mana perkara serius terutama jika melibatkan isu negara, presiden dan sebagainya.
"Contoh lain, jika buat fitnah, orang yang difitnah itu boleh lawan tuduhan (jika fitnah itu palsu) dan jika mereka yang buat fitnah didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman. Namun perkara ini jarang berlaku di Malaysia. Sesetengah rakyat kita keliru dengan isu fitnah atau perihal Akta Hasutan," .
Bagi kesalahan fitnah jenayah pula, statut yang boleh dirujuk ialah Kanun Kesiksaan di bawah Seksyen 499 sehingga Seksyen 502. Jika seseorang disabitkan mengikut kanun jenayah berkenaan, ia membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Kebebasan dengan tanggungjawab
Kebebasan bersuara perlu datang dengan rasa tanggungjawab termasuk bersedia untuk dihadapkan ke mahkamah.
Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilaporkan berkata kerajaan akan melihat peraturan Internet di tiga negara, Amerika Syarikat, Britain dan Australia dalam usaha membendung penyalahgunaan media sosial di negara ini.
Wahana internet dan SMS kini menjadi saluran paling berkesan serta pantas untuk menyampai dan menyebar segala-galanya kepada rakyat yang mungkin dipandang rendah oleh banyak pihak sebelum ini.
Bila kita sudah sedar hak kita, hak orang lain, maka kita akan tahu jaga perilaku kita di alam maya dan realiti.
Ada perubahan pentadbiran Negeri Sarawak?
Nelayan Terus Hidup dengan darah penyu
Seorang nelayan El Salvador yang hanyut di Kepulauan Marshal berjaya hidup lebih setahun selepas hanyut di Lautan Pasifik dengan hanya bergantung kepada darah penyu, menangkap ikan dan burung menggunakan tangan.
Jose Salvador Albarengo, 37, memberitahu beliau berlayar untuk memancing jerung pada lewat Disember 2012 dari Mexico, kira-kira 10,000km dari sini, tetapi hanyut.
Beliau dijumpai dalam keadaan tidak terurus dalam kawasan terumbu karang terpencil hujung minggu lalu dalam bot gentian kaca beliau sepanjang 7.3 meter.
Bot peronda polis kemudian membawanya ke ibu negara, Majuro.
“Beliau turun daripada bot dengan janggut yang panjang,” kata Jack Niedenthal, seorang pembuat filem yang berpangkalan di Majuro, kepada Reuters menerusi panggilan telefon.
“Beliau mempunyai masalah untuk berjalan, kakinya amat kurus.
“Saya tidak pasti sama ada ini satu pembohongan kerana lelaki ini sudah hanyut lama di laut,” kata Niedenthal selepas bercakap kepada Albarengo melalui jurubahasa.
TAIB BERUNDUR BULAN INI???
SPEKULASI TAIB MAHMUD AKAN BERSARA SEMAKIN RANCAK
Spekulasi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan bersara tidak lama lagi kini semakin rancak menjadi topik perbualan banyak pihak, khususnya di negeri Bumi Kenyalang. Taib, 77, yang menyandang jawatan Ketua Menteri itu selama 33 tahun dijadual berjumpa dengan semua anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuainya Sabtu ini (8 Februari). Beliau juga dijadual bermesyuarat dengan semua Anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Ahad, 9 Februari.
"Memang ada mesyuarat pada 8 Februari dan 9 Februari tetapi saya tak boleh cakap lebih daripada itu. Tolong tunggu sampai hari itu (untuk berita lebih lanjut)," seorang pemimpin kanan parti memberitahu Bernama apabila dihubungi. Beberapa Ahli Majlis Tertinggi PBB, yang enggan nama mereka didedahkan, berkata mereka telah diberitahu untuk menghadiri mesyuarat itu, namun tidak mahu mengulas lanjut. Usaha untuk mendapatkan maklumat daripada Setiausaha Agung parti dan BN negeri, Datuk Dr Stephen Rundi, gagal dan panggilan ke telefon bimbitnya juga tidak dijawab.
Seorang sumber dalaman parti berkata Taib dijangka membuat beberapa "pengumuman penting" pada mesyuarat berkenaan dan akan menyerahkan kepada badan membuat keputusan parti untuk menentukan bagaimana ia akan dilaksanakan. Sumber dalaman parti itu menjelaskan, sekiranya Taib membuat pengumuman akan bersara, mengikut prosedur, satu 'badan' yang diketuai Timbalan Presiden 1, Tan Sri Alfred Jabu berkemungkinan ditugaskan untuk merangka pelan peralihan memandangkan Taib akan berlepas ke luar negara selepas itu. Sejak Disember tahun lalu lagi sudah timbul spekulasi Taib sedang membuat persediaan untuk memberi laluan kepada pemimpin baru menggantikan tempatnya.
Ini diperkuatkan lagi apabila tempoh lanjutan perkhidmatan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sebagai Yang di-Pertua Negeri hanya setakat 28 Februari. Spekulasi juga bertiup kencang bahawa Taib akan mengambil alih jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri selepas itu. Salahuddin, 92, anak kelahiran Sibu menyandang jawatan Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali, pertama pada 1977 hingga 1981 dan dari 2 Februari 2001 hingga sekarang. Beberapa nama disebut-sebut sebagai calon pengganti Taib. Antaranya Menteri Pelancongan dan Perumahan Datuk Abang Johari Tun Openg yang juga Timbalan Presiden 2 PBB. Satu lagi nama yang dikatakan berkemungkinan menyandang jawatan Ketua Menteri Sarawak yang baharu ialah bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar persekutuan Tan Sri Adenan Satem yang dibawa balik menganggotai kabinet kerajaan negeri selepas pilihan raya negeri 2011.
HANYA SPEKULASI Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Abdullah Saidol, baru-baru ini menafikan khabar-khabar angin itu dengan menyatakan ia tidak berasas dan hanya satu spekulasi semata-mata. Menurut beliau, berita itu juga hanya spekulasi yang dicanangkan di media sosial memandangkan Taib sendiri tidak pernah membuat pengumuman seumpama itu. "Biarlah Ketua Menteri sendiri yang membuat keputusan bila beliau mahu bersara. Sebagai Presiden PBB, beliau akan berbincang dengan anggota parti sebelum membuat keputusan yang besar itu," Saidol dipetik sebagai berkata oleh akhbar tempatan Sarawak Daily, akhir bulan lalu.
Pada April 2011, Taib mengumumkan bahawa beliau akan bersara dalam tempoh "dua atau tiga tahun" dan beliau juga mungkin mengundurkan diri pada "pertengahan penggal", tanpa menyebut sebarang tarikh tertentu. Taib, yang juga pengerusi BN negeri, beberapa kali menyatakan bahawa beliau sudah mempersiapkan dan membimbing seorang pemimpin berkebolehan untuk menerajui PBB dan Sarawak. Meskipun tidak ada sebarang maklumat mengenai perkara itu, Taib secara terbuka menyebut nama Johari, Adenan atau Naib Presiden Kanan 1, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan sebagai berpotensi menggantikan beliau. PBB ditubuhkan selepas penggabungan antara Parti Bumiputra dan Parti Pesaka pada Januar1 1973. PBB, tulang belakang kerajaan negeri Sarawak pada masa ini adalah parti kedua terkuat di kalangan komponen BN selepas UMNO. Ini berdasarkan jumlah kerusi selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13. PBB menguasai 14 kerusi Parlimen dan 35 kerusi dewan undangan negeri. - BERNAMA
GAMBAR SEDIH ANGGOTA CAWANGAN KHAS DITEMUI MATI
KUALA LUMPUR – Seorang anggota Cawangan Khas ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini hari ini. Anggota berpangkat Lans Koperal berumur 37 tahun itu dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter dari sebuah motosikal. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata mangsa ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 4.30 petang yang kemudian memaklumkannya ke Balai Polis Travers.
PARTI TIDAK TERLIBAT DALAM PEMILIHAN LOT BARU-KP PEMUDA MERADONG
Bila ditanya pasal persoalan berhubung isu tanah DI Kampung Baru banyak dimiliki oleh Orang PBB ini jawapan Ketua Pemuda PBB N40 Meradong ...
Hampir semua penduduk di Kampung Bintangor merupakan ahli PBB dan setia kepada parti..Jika mereka diberi tanah atau lot baru itu merupakan rezeki mereka.
Bagi kita perjuangan pemuda khususnya untuk membantu masyarakat Bintangor. .Selama kita asyik ditinggalkan...Ramai lagi penduduk kampung yang memerlukan lot baru...terutamanya yang tinggal dalam sebuah sampai 3-5 keluarga..bayangkan macam mana kehidupan mereka ini..
Menurut beliau lagi tahun lepas(2013) pihak pemuda telah membantu menghantar permohonan Lot Baru Di Jambatan Merah namun sampai sekarang keputusan tersebut masih belum diketahui..Keputusan itu dibuat oleh pihak Land and survey Sarikei berdasarkan markah yang diperolehi permohon..
Bagi beliau pihak PBB tiada kaitan dalam pemberian lot tanah ini..kuasa sepenuhnya ditangan Pihak Landas...Jika tidak percaya boleh hubungi mereka...jawap beliau lagi..
Tuduhan yang dibuat baru-baru ini merupakan fitnah semata-mata..Jika benar seperti yang dikemukkan sila nyatakan bukti dan jangan cakap mencarut sahaja..pihak kami tidak teragak -agak untuk bertindak jika fitnah diteruskan lagi..
Gempar dan tragis! Tangan seorang guru di Sabah dipotong angkara memulas telinga anak murid?
Kes terkini..jikalau betul...tangan seorang dikatakan cikgu telah dipotong kerana telah memulas telinga anak murid.
Kes ini dikatakan berlaku di Sabah.Sejauh mana kesahihan berita ini tidak dapat dipastikan.Kepada sesiapa yang ada info boleh dikongsikan bersama.
Aku mengaharapkan berita yang diterima ini tidak benar dan hanya satu persoalan. Aku tidak dapat membayangkan betapa tugas seorang guru semakin mencabar. Jikalau bersalah dan benar guru tersebut memulas telinga pelajar sekalipun, tindakan memotong tangan guru tersebut sehingga cacat kekal tidak dapat diterima akal.
Kerajaan melalui kementerian Pelajaran harus menyiasat insiden
KHUTBAH JUMAAT -SIAPA KIT SIANG UNTUK MEMPERTIKAI HAL AGAMA ISLAM
Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) memberi amaran kepada mana-mana pihak terutamanya pemimpin yang bukan beragama Islam supaya tidak lagi bermain dengan sentimen perkauman dan agama melainkan bersedia berada dalam situasi bahaya.Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata isu-isu sensitif itu berupaya menghancurkan keharmonian dan perpaduan yang dinikmati selama ini."Saya memberi amaran terutamanya kepada pemimpin bukan Islam, jangan sentuh hal agama. Nanti orang Melayu bangkit, dan tertekan serta sampai ke tahap sebegini, masa bangkit nanti situasi akan berada dalam keadaan bahaya," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media bersama Jawatankuasa Tertinggi MJMM di sini semalam.Jelas Abdul Rani, tindakan Lim Kit Siang selaku veteran politik dan Penasihat DAP ketika mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat beberapa hari lepas tidak sewajarnya dicetuskan."Kit Siang bukan setakat pertikai khutbah Jumaat tetapi juga mempertikaikan secara langsung Surah Al Baqarah ayat 120. Siapa Kit Siang yang hendak mempertikaikan hal-hal agama Islam? Ini sudah melampau, mengusik agama Islam kerana hendak dijadikan isu politik," tegas beliau yang turut meminta pihak berwajib supaya mengambil tindakan setimpal ke atas Kit Siang yang juga merupakan bapa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.Baru-baru ini Kit Siang didakwa berkata khutbah Jumaat dilihat sebagai sengaja meniup sentimen persengketaan agama dalam negara.Menurut laporan Berita Harian yang memetik kenyataan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyatakan bahawa pihak tertentu dilihat cuba menilai kandungan khutbah dari sudut bertentangan dengan mesej yang cuba disampaikan pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Shukri juga menegaskan khutbah itu perlu dinilai menyeliputi keseluruhan kandungannya dan bukan dengan hanya mengambil satu topik sahaja yang kemudiannya dimanipulasi untuk kepentingan politik.
Hanya 2 Kuota Ahli Majlis Dari Kampung Bintangor
APAKAH KEPUTUSAN MESYUARAT MKT KHAS PBB KALI INI?
Taib Mahmud sah letak jawatan Ketua Menteri Sarawak
Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, berkata Abdul Taib mengumumkan pengundurannya dan menyerahkan pada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti serta kaukus khas menentukan siapa pengganti.
Bagaimana pun dalam mesyuarat hampir lima jam,MKT dan kaukus memulangkan kuasamenamakan pengganti kepada Abdul Taib.
BH