Ucapan Calon N42 Semop Encik Abdullah Saidol #PRN11
Gambar Sekitar Lawatan TPM Di Meradong
Team Amanah N42 Semop berkempen dalam Kawasan N46 Meradong???
KEMPEN SECARA SIHAT-ABDULLAH CALON N42 SEMOP
Setakat ini, sepanjang saya berkempen, tidak pernah sekali pun saya mengeluarkan statement atau kata2 mengeji, menghina atau sesuatu yg boleh menimbulkan buruk-sangka terhadap Calon Parti Amanah yg sama2 bertanding di N42 Semop.
Malah di setiap destinasi tempat saya berkempen, dlm ucapan..saya menyeru supaya Rombongan dr Parti lawan dlm pilihanraya ini di layan dgn baik seperti tetamu2 lain...
Saya menyeru supaya warga N42 Semop mempamerkan kesopanan..budi bahasa kita warga desa yg tidak mudah terpengaruh dgn budaya politik yg kasar, biadap serta penuh putar belit dan fitnah yg melampau.
Ini cuma urusan dunia utk memilih seorg Wakil yg akan menyuarakan keresahan, kegelisahan serta hasrat dan impian masyarakat di sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri..
mengapa perlu terlalu banyak buruk sangka dan kebencian..?
Konvoi bermotosikal PBB Repok
Tunaikan tanggungjawab anda ..#Calon N42 Semop
#LiveUpdate Keputusan Tidak Rasmi PIlihanraya DUN N42 Semop BN menang 5376 #PRN11 #TeamAdenan
Keputusan Penuh tidak Rasmi DUN N46 Meradong
Keputusan penuh tidak Rasmi
DUN N46 Meradong
BN- 6865
DAP-5349
UNDI ROSAK - 165
MAJORITI- 1516
JUMLAH PENGUNDI - 12,882
JUMLAH KELUAR UNDI - 12 413 (73.54%)
UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN-34
CM Adenan angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak #PRN11
Pecahan Kerusi BN Menang:
PBB: 40 of 40 contested (100%)
SUPP: 7 of 13 contested (54%)
SPDP: 3 of 5 contested (60%)
PRS: 11 of 11 contested (100%)
BN Direct: 11 of 13 contested (85%)
TOTAL BN: 72 of 82 contested (88%)
Pecahan Kerusi Pembangkang Menang:
DAP: 7 of 31 contested (23%)
PKR: 3 of 41 contested (7%)
PAS: 0 of 11 contested (0%)
PAN: 0 of 13 contested (0%)
PBDSB: 0 of 5 contested (0%)
STAR: 0 of 11 contested (0%)
BEBAS: 0 of 36 contested (0%)
TOTAL OPPOSITION: 10 of 82 contested (12%)
Syabas dan Tahniah #TeamAdenan
Dah kalah ...lalu manas....aihhh
Kemenangan BN Sarawak kali ini bukan sahaja mendapat pujian bahkan mendapat kecaman daripada penyokong tegar Pembangkang dari Semenanjung yang terkejut melihat kemenangan besar lagi bergaya BN dalam PRN Sarawak Ke-11.
Budaya kami di Sarawak di dalam politik sangat matang dan tidak seperti pembangkang di Semenanjung yang membawa kepada budaya politik biadap lagi kurang ajar.
2 Maut Dalam KJR di Bintangor
2 MAUT DALAM KJR DI BINTANGOR
08 Mei - BINTANGOR : 2 maut dan 1 cedera ringan dalam satu kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah van melanggar sebuah lori yang rosak di tepi jalanraya di Jalan Utama Bintangor - Sibu (Jalan Tulai Bintangor).
Insiden itu berlaku kira- kira 10.00 malam tadi.
Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor menghantat 8 anggota bersama sebuah jentera FRT yang di ketuai oleh PB Ahmad Salim.
Status Mangsa:
2 orang meninggal
1 orang cedera ringan
2 orang tidak mengalami kecederaan.
Maklumat mangsa
1. Ting Li Sen - 21 tahin; pemandu/OK
2. Ting Li Cheng - 17 tahun/Penumpang depan/Meninggal
3. Ting Sung Teng - 49 tahun/Penumpang belakang/OK
4. Ting Yang Yang - 14 tahun/Penumpang belakang/cedera ringan
5. Ngu Heng Lang/59 tahun/Penumpang belakang/Meninggal
Jantina mangsa
2 orang lelaki
3 orang perempuan
Sumber:RTM Sarawak
Program sempenan Hari Ibu...
CM Adenan turut bersedih atas nasib menimpa nahas helikopter dekat Sebuyau
KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam kenyataannya semalam turut bersedih atas nasib yang menimpa Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon bersama rombongannya yang terkorban dalam nahas helikopter dekat Sebuyau, Khamis lalu ketika dalam perjalanan pulang ke Kuching selepas menghadiri kempen pilihan raya di bahagian Betong.
Dah kalah !! Main tuduh pula MP Dap!
#PascaPilihanraya Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dalam status Facebook mengenai kekalahan DAP di Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11, menuduh penduduk Sarawak berterusan meminta wang termasuk di rumah panjang.
Menggunakan logik Tony Pua, adakah beliau secara tidak langsung mengakui wang diberikan kepada pengundi bagi tujuh kerusi yang dimenangi DAP di Sarawak?
Contohi #CMAdenan
Orang Sarawak Bijak Memilih...
ORANG SARAWAK BIJAK MEMILIH....
/Fadzlan shahibi FB/
Sebelum Tun Mahathir berkata bahawa PM Najib Razak perlu melayan segala tuntutan Sarawak, orang Sarawak sudah awal awal berfikir tentang itu...
Oleh sebab itu mereka mengundi satu pasukan sepakat bagi membentuk Kerajaan Negeri dan memberikan mereka satu bentuk kekuatan dan sokongan agar dapat dijadikan sebagai alat bagi mendesak Kerajaan Pusat memenuhi kehendak rakyat di Negeri Sarawak..
Di kala ini Kerajaan Negeri Sarawak cukup kuat dengan jumlah kerusi yang cukup mematikan langkah pembangkang apatah lagi berhadapan dengan Kerajaan Pusat yang kini lemah disebabkan pertelingkahan sesama sendiri dalam parti keramat UMNO. Dan bukan salah pengundi di Sarawak yang memperkuatkan benteng BN di sini sehingga boleh. menyebabkan BN di seberang sana agak rapuh. Di sana ada Melayu tapi tidak bersatu dan bermain dengan sentimen perkauman "Ini Tanah Melayu milik orang Melayu", sehingga mengenepikan peranan dan sumbangan bangsa lain...
Di Sarawak dengan 33 etniks berbeza mampu bersatu di bawah bendera Negeri... Meskipun berbeza sokongan politik, memakai baju berlainan warna, memegang bendera parti berbeza apabila perut lapar tekak dahaga masih tersenyum duduk makan semeja dan ada yang mempelawa untuk bayar semua satu meja.. Semua yang duduk makan berlainan bangsa berlainan parti akhirnya kenyang perut senang hati kerana dapat makan percuma...
Hebatkan .....Seolah olah pilihanraya itu hanyalah semacam karnival Jom Heboh sahaja. Kacau bilau tiada gaduh gaduh pun tiada walaupun api kebencian cuba dibakar oleh parti lawan api yang cuba dimarakkan itu hanya mampu membakar sebatang rokok dan secawan kopi sambil mendengar jerit pekik suata sang calon menghamburkan kata kata di pentas ceramah..
Itulah Sarawak. Di zaman Tun Mahathir kerusi Sarawak tidaklah penting kerana UMNo boleh membentuk Kerajaan secara bersendirian. Betapa kuatnya UMNo sehingga selama itu kehendak rakyat Sarawak diketepikan. Ada Menteri Persekutuan asal Sarawak boleh dihitung dengan jari ayam sahaja pada masa itu...Sekurang kurangnya di zaman PM Najib ada ramai Menteri datang dari Sarawak..
Kali ini suasana nya berbeza. Rakyat Sarawak kini matang pemikiran mereka. Undi di tangan digunakan untuk membeli "Joker Card" dengan izin agar kali ini tuntutan perlu dipenuhi setelah pelbagai janji ditabur PM selama 2 minggu berkempen di sini.
Dan jangan melihat kelemahan Kerajaan Pusat sebagai peluang Sarawak mengambil kesempatan kerana samada mereka kuat mahupun lemah tuntutan akan terus dilakukan dan ianya perlu dipenuhi bagi mengelakkan rakyat Sarawak memberikan JOKER CARD mereka kepada orang lain sehingga menyebabkan Putrajaya dipindahkan ke PETRAJAYA....Wisma Putra ditukar nama kepada Wisma Bapa Malaysia...
Jangan silap melentur buluh...takut terluka...
Bisanya pedih sekali....
.
Azmin halang pimpinan BN Sarawak masuk Selangor
Azmin halang pimpinan BN Sarawak masuk Selangor
By Mohd Noor Affandi
May 10, 2016
SHAH ALAM: Sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian di dua Parlimen yang kosong berikutan kematian penyandangnya nanti, kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri Azmin Ali akan menguatkuasakan undang-undang baharu di Selangor.
Memetik blog negarapakatanrakyat.com, Azmin akan menguatkuasakan undang-undang melarang mana-mana pemimpin BN dari Sarawak untuk memasuki Selangor sebagai tindak balas terhadap tindakan kerajaan negeri Sarawak menghalang 40 orang pemimpin Pakatan Harapan dari memasuki Sarawak untuk berkempen pada pilihan raya negeri yang lepas.
Langkah ini, menurut sumber Wisma Darul Ehsan, dilihat paling tepat bagi mengajar erti demokrasi kepada kerajaan Sarawak yang sebelum ini dilihat mengamalkan dasar tutup pintu ala Korea Utara semasa pilihan raya negeri berkenaan.
Justeru itu katanya, kepada mana-mana pemimpin BN yang berhajat untuk memasuki Selangor pada Pilihan Raya Kecil Sungai Besar nanti, mereka dikehendaki menulis surat permohonan kemasukan ke Selangor.
“Hanya mereka yang diberi keizinan sahaja boleh memasuki Selangor pada PRK itu nanti,” ujar blog itu.
Undang-undang tersebut tambahnya, tidak terpakai kepada mana-mana pemimpin BN di Semenanjung kerana menurut sumber ini lagi, Azmin hanya mahu menunjukkan kepada seluruh rakyat Sabah dan Sarawak, Selangor sentiasa mengamalkan pintu terbuka kepada barisan kepimpinan BN di Semenanjung.
“Oleh yang demikian, diharapkan tidak ada lagi isu berbangkit kelak semasa Pilihan Raya Kecil Sungai Besar diadakan.
Azmin dikhabarkan begitu komited mahu merampas kerusi ini daripada tangan Barisan Nasional secara bersih dan teratur. – Sarawakvoice.com
- See more at: http://sarawakvoice.com/2016/05/10/azmin-halang-pimpinan-bn-sarawak-masuk-selangor/#sthash.PTxVpofD.dpuf