Quantcast
Channel: MERADONG TODAY
Viewing all 3667 articles
Browse latest View live

Ceramah Isra Mikraj Di Masjid Darul Ibadah

$
0
0

Ceramah Isra' Mikraj di Masjid Darul Ibadah. Kpg Tg Bundong smlm. Sidak JAIS Bahagian Sarikei.


Hanya penyokong Pembangkang menghina Rakyat Sarawak

$
0
0

KUCHING: Tidak semua penduduk Semenanjung Malaysia melabelkan pengundi Sarawak yang memilih Barisan Nasional (BN) sebagai bodoh, tidak berpelajaran, tidak maju dan masih memakai cawat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol berkata mereka yang bersikap demikian ialah daripada kalangan penyokong parti-parti pembangkang.
“Tidak semua orang Semenanjung sedemikian. Mereka yang menunjukkan sikap buruk dan menghina kebanyakannya mereka yang menyokong pembangkang.
“Mereka adalah orang yang tewas,” katanya diminta mengulas mengenai reaksi sesetengah penduduk Semenanjung Malaysia ekoran kejayaan besar BN dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 baru-baru ini.
Tatkala mendakwa orang lain sebagai tidak bertamadun dan tidak terpelajar, golongan itu sebenarnya menonjolkan sikap sebagai pelampau kaum atau agama dan kauvinis.
“Ya Ketua Menteri bertindak betul dalam membuat keputusan berani menyekat masuk mereka yang berniat tidak baik memasuki Sarawak.
“Kita warga Sarawak tidak perlu bertindak melampau terhadap layanan nakal oleh mereka yang berfikiran jahat dari Semenanjung Malaysia,” jelasnya.
Sebaliknya, warga Sarawak sewajarnya mempamerkan kepada mereka keunikan gaya hidup kita yang mengetepikan perkara yang menggalakkan kebencian, konfrontasi dan tohmahan liar, katanya.
Jelasnya lagi, pembangkang mungkin enggan mengakui tetapi hakikatnya kekalahan mereka di banyak kerusi disebabkan cara kempen pilihan raya yang tidak elok.
Kekecohan katanya, tidak diterima di mana-mana negara termasuk negara maju kerana tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat.
“Rakyat Sarawak memerlukan perubahan dalam bentuk pembangunan dan kebajikan tetapi kita akan melakukan dengan cara lain dan tidak akan memusnahkan keharmonian dan perpaduan kaum dalam melakukannya.
“Cara terbaik melayan orang yang nakal seperti ini ialah dengan membalas mereka dengan baik dan senyuman,” katanya.

WAKIL RAKYAT LANGSUNG BN: PERLU TUNGGU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN MASUK PARTI MANA

$
0
0

WAKIL RAKYAT LANGSUNG BN: PERLU TUNGGU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN MASUK PARTI MANA...

Nak masuk parti mana adalah keputusan setiap ADUN Langsung BN tapi keputusan  untuk menerima mereka masuk parti yang mereka pilih juga tertakluk kepada budibicara dan persetujuan Majlis Tertinggi parti yang mereka pilih.

Tidak perlu terburu buru untuk menyertai mana mana parti kerana adalah lebih baik bagi parti parti komponen diberikan masa untuk menyelesaikan dahulu struktur perlantikan barisan kabinet negeri terlebih dahulu.

Dan adalah lebih baik bagi Tok Nan kita memilih barisan kabinet daripada ADUN daripada parti parti komponen  terlebih dahulu buat masa ini bagi membentuk Kerajaan Negeri bagi memulakan tugas menggalas harapan baru rakyat Sarawak.

Tiada keperluan untuk melantik sebarang jawatan Menteri di kalangan ADUN langsung buat masa ini. Saya berpendapat bahawa memberi peluang kepada ADUN yang setia kepada parti dan kepimpinan parti haruslah diberi keutamaan kerana ianya akan meningkatkan sinergi di dalam BN Sarawak.

Desas desus mengatakan 6 orang ADUN langsung  BN memilih untuk menyertai PBB akan tetapi PBB juga harus memilih siapa yang patut menyertai parti kerana tidak mahu kestabilan struktur kepimpinan parti itu terjejas jika ada di antara ADUN Langsung tersebut mengulangi tindakan melompat parti, sesuatu yang tidak elok memandangkan PBB satu satunya parti politik paling stabil di Malaysia buat masa ini.

Bayangkan para ahli parti Teras dan UPP bersedia untuk mengikut pemimpin  mereka menyertai parti yang mereka pilih. Jika Teras memilih PBB bermaksud keahlian PBB akan meningkat sebanyak 10 ribu orang dan ini tidak bermaksud ianya baik untuk PBB bahkan ianya juga tidak baik bagi rakan komponen  yang lain.

Ini adalah kerana jika keenam enam ADUn yang menang memilih PBB akan menjadikan jumlah kerusi  yang dipegang PBB bertambah kepada 46 kerusi dan ini secara langsung menolak peranan rakan dalam komponen BN yang lain. PBB boleh mendirikan Kerajaan secara sendirian. Dan ini tidak baik bagi BN Sarawak yang sentiasa mengamalkan semangat berkongsi kuasa dan bukan monopoli. Lagipun kita pun tidak mahu kekaguman rakan  rakan dalam komponen BN Sarawak terhadap PBB bertukar kepada irihati disebabkan  tindakan menerima masuk Adun berkenaan walaupun pada dasarnya itu pilihan mereka. PBB harus memainkan peranannya  menimbangtara supaya sentiasa adil kepada rakan komponen  yang lain apatah lagi persetujuan mereka jugalah yang menyebabkan calon langsung  BN berjaya dilaksanakan.

Oleh yang demikian adalah dengan cara baik dan mesra PBB tidak membenarkan sebarang kemasukan baru ke dalam parti tersebut dan menyerahkan pilihan mereka kepada PRS SUPP dan SPDP untuk menyerap mereka masuk..

Walau bagaimanapun adalah lebih bijak bagi kesemua ADUN langsung ini untuk berada diluar tanpa parti buat sementara bagi memberi laluan kepada Tok Nan kita merancang dan membentuk barisan kabinet barunya.

Ini adalah kerana kepentingan  anak negeri Sarawak adalah jauh lebih penting daripada penyertaan ADUN langsung ke dalam mana mana parti. Apa yang pasti mereka tetap diiktiraf sebagai sebahagian daripada Wakil Rakyat BN. Cumanya jawatan Menteri dan Menteri Muda adalah lebih afdal diutamakan kepada mereka yang setia dalam kelompok kepartian BN Sarawak..

PRS memenangi keseluruhan 11 kerusi. Mereka juga harus dipertimbangkan secara adil dengan memperuntukkan lebih banyak jawatan Menteri penuh kepada mereka.

SPDP turut menyumbang kerusi.Wakil rakyat  mereka  perlu diberikan peluang setara.

SUPP telah menunjukkan peningkatan maka janji jawatan Timbalan Ketua Menteri sudah pasti dalam genggaman .

ADUN LANGSUNG bagaimana pula?..
Buat masa ini biarlah mereka kekal sebagai Wakil Rakyat PRo BN dengan status quo bagi mengekalkan keharmonian dalam BN Sarawak..

Ahli ahli Teras dan UPP pula bagaimana?
Bila bila masa mereka boleh menyertai parti komponen yang lain termasuk PBB tanpa halangan...

NOTA:

SEMACAM  kena JACKPOT . DUIT terlampau banyak tapi pening kepala nak taruh kat mana. LAST LAST habis begitu sahaja.

3 orang Timbalan Ketua Menteri Sarawak

$
0
0

Douglas Uggah Embas, James Jemut Masing & Abang Johari dilantik sebagai Timbalan KM Sarawak: KM Sarawak #sodiakroks https://t.co/nbidTuGprG

New State (Sarawak) Cabinet 2016

$
0
0

NEW STATE (SARAWAK) CABINET 2016

//SarawakTv.com//

CHIEF MINISTER / MINISTER OF FINANCE / MINISTER OF RESOURCE, PLANNING AND ENVIRONMENT
DATUK PATINGGI TAN SRI ADENAN SATEM

SECOND MINISTER OF FINANCE
DATO SRI WONG SOON KOH

SECOND MINISTER OF RESOURCE, PLANNING AND ENVIRONMENT / MINISTER OF INDUSTRIAL AND ENTREPRENEUR DEVELOPMENT, TRADE AN INVESTMENT
DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASAN

DEPUTY CHIEF MINISTER I / MINISTER OF MODERNISATION OF AGRICULTURE AND RURAL ECONOMY
DATUK  AMAR DOUGLAS UNGGAH EMBAS

DEPUTY CHIEF MINISTER II / MINISTER OF INFRASTRUCTURE DEVELOPMENT AND TRANSPORTATION
TAN SRI DATUK AMAR DR. JAMES JEMUT MASING

DEPUTY CHIEF MINISTER III / MINISTER OF HOUSING URBANIZATION AND TOURISM
DATUK AMAR ABANG ABDUL RAHMAN ZOHARI TUN ABANG HAJI OPENG

MINISTER OF LOCAL GOVERNMENT
DATUK DR. SIM KUI HIAN

MINISTER OF YOUTH AND SPORTS AND SOLIDARITY
DATO SRI MICHAEL MANYIN JAWONG

MINISTER OF WELFARE, WOMEN AND COMMUNITY WELLBEING
DATUK HAJAH FATIMAH ABDULLAH

MINISTER OF PUBLIC UTILITIES
DATUK STEPHEN RUNDI UTOM

Menjawab isu konteks pemberian jawatan Timbalan Ketua Menteri kepada komuniti Cina, ia bukan janji Adenan

$
0
0

KUCHING: Pelantikan Datuk Dr Sim Kui Hian sebagai menteri penuh Kabinet Sarawak pada petang ini dilihat sebagai memenuhi janji Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem kepada masyarakat Cina di negeri ini.

Adenan jelas mahu masyarakat Cina di negeri ini diwakili, setelah SUPP sendiri kurang diberi sengat pada penggal Dun yang lalu, selepas diasak tsunami Dap. Turut kecundang Presidennya yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri George Chan Hong Nam.

Wakil tunggal SUPP sebagai menteri penuh ketika itu hanyalah Datuk Sri Wong Soon Koh namun beliau dipecat rentetan krisis berpanjangan yang melanda parti politik tertua Sarawak ketika itu.
Pelantikan Kui Hian sebagai menteri penuh sebenarnya cukup adil bagi parti itu. Sebabnya, parti itu hanya menang tujuh daripada 13 kerusi yang diamanahkan kepadanya, dengan tahap pencapaian dianggarkan 54 peratus.

Manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) menang 100 peratus daripada keseluruhan 11 kerusi yang ditandingi.
Sehubungan itu, tidak wajar untuk menafikan hak Timbalan Ketua Menteri untuk diberikan kepada Presiden PRS, Tan Sri James Jemut Masing. Dan juga memberikan dua lagi jawatan berkenaan kepada PBB yang secara teknikal kini menguasai 46 kerusi.

Sebenarnya, dalam konteks pemberian jawatan Timbalan Ketua Menteri kepada komuniti Cina, ia bukan janji Adenan.
Pada kempen di Kuching City Mall, Adenan hanya menjanjikan jawatan menteri penuh kepada Kui Hian — seperti juga mendiang bapanya yang pernah memegang kabinet negeri.

Posisi Timbalan Ketua Menteri sebenarnya dibayangkan di Miri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Kui Hian untuk dibisikkan kepada Adenan apabila membentuk kerajaan — itu pun jika komunti Cina memberikan lebih kemenangan kepada BN dan calon SUPP.
Dengan kejayaan tersebut, langkah memberikan jawatan menteri penuh kepada Supp dilihat wajar dan tepat. Tiada janji lebih dan tidak ada tawaran yang lebih daripada itu.

Malah tiada pembohongan yang berlaku.
Dengan satu menteri penuh dan sekurang-kurangnya tiga menteri muda, Supp kini lebih bernyawa dan bertenaga berbanding penggal lalu. Ia perlu banyak bersabar dan tidak mengulangi kesilapan Milton Foo, yang melihat kepentingan diri melebihi daripada kepentingan semua seperti menjelang pilihan raya lalu.

Rujuk:http://www.theborneopost.com/2016/04/30/timbalan-ketua-menteri-cina-akan-dipertimbang/

Masa untuk menunaikan janji....

$
0
0

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri baharu, Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan memastikan agenda Ketua Menteri dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) dilaksanakan sepenuhnya.
Beliau ditemui media selepas Majlis Angkat Sumpah Menteri Kabinet Negeri Baharu semalam berkata, meskipun tanggungjawab ini berat bagi beliau namun akan berusaha sebaik mungkin menggalas tugas ini.

Selain tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri, Uggah semalam turut dilantik sebagai Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar berkuat kuasa semalam.
“Portfolio ini hampir sama portfolio diterajui saya di Kabinet Persekutuan dan kita tidak mempunyai Kementerian Pembangunan Tanah lagi yang bakal berganding di bawah kementerian saya ini.

“Sekarang apa paling penting bagi kita adalah untuk bergerak ke hadapan untuk memodenkan bidang pertanian kita yang merupakan penyumbang penting kepada negeri dari segi pendapatan eksport dan pembasmian kemiskinan dalam negara,” katanya.
Bagi memastikan komitmen penuh dapat diberi, Uggah juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengesah meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi dan surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Perdana Menteri pada 9 Mei lepas.
Dengan peletakan jawatan sebagai Menteri Persekutuan itu, Uggah kini dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas-tugasnya sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar.

Sementara itu, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang turut dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri juga berazam untuk tidak akan mengabaikan kepercayaan Ketua Menteri kepadanya.
Selain jawatan Timbalan Ketua Menteri, Abang Johari turut memegang jawatan Menteri Perumahan dan Urbanisasi serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
“Jawatan Timbalan Ketua Menteri dan dua kementerian ini adalah satu tugas penting dalam usaha kita membangunkan ekonomi negeri kita.

“Saya tidak akan mengabaikan kepercayaan Ketua Menteri kepada saya dan akan membantu beliau untuk membangunkan Sarawak seperti mana dalam manifesto kita sebelum ini,” katanya.
Abang Johari turut yakin dengan barisan Menteri Kabinet Negeri Baharu semalam dan menyifatkan ia sebagai gabungan terbaik.

Sebagai contoh katanya, Uggah mempunyai pengalaman berkhidmat di peringkat persekutuan yang mana sudah tentu dapat memudahkan beliau berhubung dengan pemimpin di Kuala Lumpur.
“Begitu juga menteri lain seperti Datuk Dr Stephen Rundi Utom yang pernah menjadi Menteri Muda bersama Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan sudah tentu beliau tahu apa yang perlu dilaksanakan dalam Kementerian Kemudahan Awam,” kata Abang Johari.

RUMAH KAYU MUSNAH DALAM KEBAKARAN

$
0
0

RUMAH KAYU MUSNAH DALAM KEBAKARAN

14 Mei - SARIKEI : Kebakaran  rumah kayu di Jalan Masjid Baru/Lorong 2 Jalan Century, Sarikei pada pukul 2.51 pagi tadi.

8 Anggota BBP Sarikei(4 PSM 4 PBB ) diketuai PBK II Abang Joharie bin Abang Senawi bersana bantuan daripada anggota off duty 1 PSM 2 PBB menggunakan 2 aliran 200 kaki, 2 nozzle, sumber air dari pili bomba berdekatan dalam operasi memadam kebakaran.

Sekeluarga suami isteri dan 4 anak dalam lingkungan umur 2-9 tahun sempat keluar apabila menyedari rumah terbakar.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pasukan Charlie
BBP Sarikei
//RTM Sarawak//


Hulurkan derma bagi membantu mangsa Kebakaran.

Bantuan awal kepada mangsa Kebakaran ,Jalan Masjid Baru ,Sarikei

$
0
0

Wakil dari Pusat Khidmat bersama Pemuda PBB N41 Kuala Rajang turun menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran, Khairulnisa Bt Morshidi yang beralamat No68 Lorong Jalan Masjid Baru 96100 Sarikei Sarawak.

Diharap sumbangan tersebut dapat meringan serba sedikit beban mereka. InshaAllah
//FB N41 DUN Kuala Rejang//

Pemuda Supp Sarikei memberi bantuan kepada mangsa kebakaran di Sarikei

$
0
0

Menghulurkan sedikit bantuan kepada mangsa kebakaran yang berlaku awal pagi ini Di Kampung Sarikei berdekatan dengan taman Hua Tai Sarikei. 援助泗华大区马来干榜火灾灾黎

Majlis Sambutan ulang Tahun Ke-47 dan Pra Gawai Sk Bukit Papit Tahun 2016

Hargai pengorbanan mereka....terima kasih...

$
0
0

Pengorbanan ...kreadit FB Milik TaQi Cronoz
Last night, during my active-call, I noticed a night shift nurse was siting tiredly while doing her report. I asked, she said she's unwell and having bad diarrhea. She asked me a favor to set IV line and put on drip so that she can cope the night duty. After a short rest she continued her job.

Thank you for taking care my babies last night. And thank you to all nurses out there too! ;)

HAPPY NURSES DAY

Tikar terpanjang di dunia bakal dimuat dalam World Guiness Book of Record

$
0
0

Tikar Terpanjang Di Dunia yang akan dimuatkan dalam World Guiness Book of Records di Sungai Asap, Belaga, Kapit, Sarawak.

Sumber: Borneo Di Hati

Menyampaikan Sumbangan daripada Datu Haji Len Talif kepada mangsa kebakaran Jalan Century Sarikei.

$
0
0

//FB DUN N41 Kuala Rejang//
Timbalan Ketua Cawangan PBB N.41 Kuala Rajang, Encik Ahmat Adai mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.41 Kuala Rajang, Datu Haji Len Talif Salleh menyampaikan sumbangan kepada enam sekeluarga yang tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Century Sarikei.


Sambutan Hari Guru Sk. Abang Amin Bintangor

YB Dato Sri Huang Tiong Sii serah sumbangan kepada mangsa Kebakaran Lorong 2 New Century,Sarikei

$
0
0

Handing over relief to the victim's of recent fire @ lorong 2 new century road done by Yb Dato Sri Huang Tiong Sii today 16/05/16.
At same time, PBB repok giving out in kind of goods.

Media kita melaporkan secara sainstifik buka secara emosi-DA Abang Jo

$
0
0

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini turut disumbang oleh peranan media sama ada media cetak, media elektronik dan media atas tallan (media online) yang memberi liputan sepanjang 12 hari kempen dengan memaparkan berita-berita terkini dan benar.

Sumber: KLxpress

Kenapa Chong Chieng Jen tidak mempertikaikan jawatan yang dipegang Lim Guan Eng?

$
0
0

Tidak dapat terima kekalahan, Chong DAP sengaja mempertikaikan jawatan kementerian yg dipegang Ketua Menteri Sarawak sedangkan buta mata hati  kedudukan KM Pulau Pinang.

Kenyataan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang mempersoalkan jawatan Menteri Kewangan dipegang Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah memakan diri.

Kenapa Chong Chieng Jen tidak mempertikaikan jawatan yang dipegang Lim Guan Eng?

Lim Guan Eng memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Kewangan dan Menteri Tanah dan Industri Pulau Pinang.
~BS~

Blogger didakwa fitnah PM

$
0
0

Abdul Muhaimin Mohd Muhayedi, 27, didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebook “Adam Mukhriz Muhayeddin” secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada pukul 1 tengah hari, 20 Okt 2015. 

Pautan itu kemudian dibaca oleh seorang blogger lain di Blok A, Tingkat 5, No 8, Pangsapuri Ampang Mewah, Jalan Mewah 6, Ampang Jaya, di Kuala Lumpur pada pukul 9.45 pagi, 22 Okt 2015. 

Abdul Muhaimin didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. 

Peguam Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar membantah jaminan itu kerana anak guamnya tidak mempunyai sebarang kebarangkalian untuk melarikan diri dan juga tidak mempunyai pekerjaan tetap dan akan hadir ke mahkamah pada mana-mana tarikh yang ditetapkan. 

“Kes ini tidak memerlukan sebarang jaminan dari segi wang ringgit, sepanjang tempoh laporan polis dibuat sehingga kini, tertuduh telah beri kerjasama penuh kepada pegawai penyiasat, polis serta pihak pendakwa raya,” katanya. 

Hakim Rushan Lutfi Mohamed membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Jun untuk sebutan semula kes.

Viewing all 3667 articles
Browse latest View live