Quantcast
Channel: MERADONG TODAY
Viewing all 3667 articles
Browse latest View live

Pembangunan di Utara Pulau Bruit

$
0
0

walaupun sedikit  perlahan kampung2 di Utara Pulau Bruit untuk pengetahuan sdra rata-rata sudah dibekalkan dgn perkhidmatan air bersih kecuali Kpg Penipah, Kpg Tekajong dan Kpg Bruit. Ketiga kpg tersebut sepatutnya telah dapat menggunakan air bersih pada hujung Disember 2015 kalau tidak disebabkan tangki loji aras tinggi di Kpg Penipah roboh semasa ujian beberapa bulan lepas. Kalau tentang bekalan elektrik rata-rata penduduk dan rumah telah dibekalkan dgn perkhidmatan tersebut.

Jalan dari Kpg Penuai ke Kpg Bruit sedang giat dibina masih dlm proses pembinaan dijangka siap thn 2017. Kami sudah lama gunakan jalan Kpg Penuai ke Pengkalan Feri Kut/Daro untuk ke Daro atau Sibu. Klinik2 sudah lama beroperasi walaupun belum disediakan disetiap kampung, kampung2 yg jarak antara mereka agak berdekatan masih berkongsi perkhidmatan .

Tidak perlu nak berbohong dlm meraih simpati dan sokongan .. penyampaian surat hakmilik tanah kpd penduduk secara berperingkat dari masa ke semasa diusahakan oleh kerajaan. Malah banyak lagi bantuan dlm pelbagai aspek telah dihulurkan oleh kerajaan kpd rakyat.


Senarai nama Menteri Muda Sarawak

$
0
0

Berikut senarai Menteri-Menteri Muda yang telah mengangkat sumpah dan menerima tugasan yang diamanahkan.

Timbalan Speaker: Datuk Gerawat Jala

Menteri-Menteri Muda:
1. Datuk Francis Hardin,
2. Datuk Lee Khim Shin,
3. Datuk Naroden Majais,
4. Datuk John Sikie,
5. Datuk Talip Zupilip,
6. Datuk Julaihi Narawi,
7. Datuk Abdul Karim Abdul Rahman,
8. Datuk Dr Jerip Susil,
9. Liwan Lagang, Rosey Yusof,
10. Datuk Len Talip,
11. Datuk Roland Sagah Wee Inn,
12. Dr Abdul Rahman Junaidi,
13. Dr Rahman Ismail,
14. Sharifah Hasidah Ghazali,
15. Dr Annuar Rabiee
16. Malcom Mussen dan
17. Dr Penguang

Sumber: KLxpress Sarawak

Senarai nama dan jawatan bagi Menteri-menteri muda

$
0
0

KUCHING - Pagi tadi telah berlansungnya Majlis Angkat Sumpah perlantikan Menteri Muda Sekitar Majlis Angkat Sumpah Menteri Muda di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Seramai 17 orang Ahli Yang Berhormat telah dilantik oleh YAB Ketua Menteri Sarawak bagi melengkapkan lagi Ahli Kabinet Sarawak.

Pada sidang media sebentar tadi,  Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Haji Satem telah mengumumkan senarai nama Menteri Muda berserta jawatan-jawatan dalam kementerian yang telah dilantik. Sebarai tersebut ialah :

Timbalan Speaker: Datuk Gerawat Jala.

Senarai nama dan jawatan bagi Menteri-menteri muda:

1) YB Datuk Francis Harden Anak Hollis, ( Assistant Minister For Rural Economy (Interior Areas ) And Plantation. )

2) YB Datuk Lee Kim Shin,
( Assistant Minister For Tourism)
( Assistant Minister For Land and Air Transportation and Safety)

3) YB Datuk Haji Mohd Naroden Majais,
( Assistant Minister For Entrepreneur Development)
( Asisstant Minister For Resource Planning )

4) YB Datuk John Sikie Anak Tayai
(Assistant Minister For Arts and Culture)
( Assistant Minister For Native Laws and Customs. )

5) YB Datuk Talip Zulpilip,
( Assistant Minister For Urbanizations)
( Assistant Minister For Infrastructure Development)

6) YB Datuk Haji Julaihi Narawi,
( Assistant Minister For Industrial Development (Investment and Promotion)
( Assistant Minister For Rural Economy ( Coastal Areas) And Fisheries. )

7) YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah
(Assistant Minister For Youth and Sports)
( Assistant Minister For Housing)

8) YB Datuk Dr Jerip Susil,
( Assistant Minister For Public Health)

9) YB Puan Rosey Yunus
( Assistant Minister For Solidarity)

10) YB Datuk Len Talip Salleh
( Assistant Minister For Environment )
( Assistant Minister For Workforce Development and Training )

11) YB Datuk Roland Sagah Wee Inn,
( Assistant Minister For Public Utilities Water Supply)

12) YB Dr Haji Abdul Rahman Junaidi,
( Assistant Minister For Public Utilities Electricity and Telecommunications)

13) YB Dr Rahman Ismail,
( Assistant Minister For Welfare and Community and Wellbeing)

14) YB Puan Sharifah Hasidah Binti Sayeed Aman Ghazali,
(Assistant Minister For Early Childhood Education And Family Development)

15) YB Dr Annuar Rapaee,
 ( Assistant Minister For Science Research and Biotechnology )

16) YB Encik Malcom Mussen Lamoh
( Assistant Minister For Agriculture )

17) YB Dr Penguang Anak Manggil,
( Assistant Minister For Local Government)

18) YB Encik Liwan Lagang,
( Assistant Minister For River Transportation and Safety)

Sumber:Klxpress Sarawak 

The time for talk is over. Time for action is now-CM Adenan

$
0
0

The time for talk is over. Time for action is now. YB - Yang Berkhidmat for the people must be internalized & clearly demonstrated via report cards that will be submitted to me every 6 months.

MENTERI KERJARAYA JAWAB GUAN ENG

$
0
0

Saya terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng hari ini yang mengatakan Kerajaan Persekutuan telah menolak permohonan kerajaan Pulau Pinang atau menyukarkan usaha mereka untuk membina jambatan ke-3 Pulau Pinang berbanding terowong bawah laut.

Semakan di Kementerian tidak menunjukkan sebarang permohonan, aplikasi atau perbincangan dengan pihak Kementerian saya mengenai pembinaan jambatan ke-3 Pulau Pinang.

Begitu juga dengan permohonan, aplikasi atau perbincangan mengenai terowong bawah laut Pulau Pinang dimana ianya memerlukan pelbagai kebenaran dari pihak Kementerian saya sebelum pembinaan dijalankan.

Mungkin YAB Ketua Menteri boleh menjelaskan kepada saya bila permohonan bagi pembinaan jambatan ke-3 tersebut dibuat dan bila pihak kami menolak permohonan tersebut.

Menjadi harapan saya agar kerajaan Pulau Pinang menyelesaikan masalah politik dalaman mahupun skandal dalam Pakatan dan tidak mencuba untuk menggunakan Kerajaan Persekutuan sebagai alasan mereka.

DATO' SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF
Menteri
Kementerian Kerja Raya Malaysia

Diterjemah oleh: KKMM

Salah Komen ....cuba nak jadi HERO..

$
0
0

Kan dah mengaku...fikir dulu sebelum menulis..
Asalamualaikum saudara2 fb,,sy kira nak komen jak ttg apa yg d viral org ttg kws yg sik nerimak bantuan ya,so kira nak support org BN dah ngundi YB kita lah n mintak d ambil perhatian lah,,,
So sy mintak maaf lah sekiranya kata2 sy menyinggung perasaan kawan2,
,apa pun kita tetap sama2 membantu perjuangan BN kita,,,

Sambutan Hari Keluarga PPWS Cawangan Jalan Bidadari Bintangor

Jom sertai program Khemah Ibadah 2016.


Terima Kasih Pemimpin BN Sarawak.

Majlis Penutupan Safari Memancing Ke13

$
0
0

SAFARI MEMANCING TANJUNG MANIS KE 13 2016 PENUTUPAN OLEH YB DATUK HAJAH NORAH TUN ABDUL RAHMAN
Foto:Jai Nas

Fong Hui Kong dinobatkan sebagai Champ of Champs Mr Malaysia 2016.

$
0
0

TAHNIAH buat Fong Hui Kong, anak jati Sibu yang dinobatkan sebagai Champ of Champs Mr Malaysia 2016 yang baru sahaja melabuhkan tirainya untuk edisi kali ini.

Sebelumnya, Fong telah memenangi kategori lightweight. Kemenangan beliau juga membantu Kontigen Sarawak meraih jumlah mata keseluruhan sebanyak 98 mata, sekaligus diumumkan sebagai kontigen terbaik untuk tiga tahun berturut-turut.

Terima kasih kepada penganjur utama, Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Bahagian Sibu dibawah naungan Persatuan Bina Badan Sarawak kerana menjemput TegapTV Malaysia untuk membuat liputan sepanjang 3 hari kejohanan berlangsung di bandar Sibu.

Sumber/foto:TegapTV.com

Batang paip pun jadi mangsa... adeh2

22 Julai diisytihar sebagai Cuti Umum

$
0
0

22 Julai diisytihar sebagai Cuti Umum

Rakyat Sarawak akan mendapat cuti umum tambahan iaiatu pada 22 Julai bermula pada tahun ini.

Satu kenyataan daripada Unit Pentadbiran, Jabatan Ketua Menteri memaklumkan bahawa tarikh 22 Julai diisytiharkan sebagai cuti umum seperptimana yang dinyatakan dalam Warta Kerajaan Negeri Sarawak dan akan dikenali sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak.

Sumber : RTM Sarawak

Sesi Perjumpaan Jentera Wanita PBB Repok,Kuala Rejang dan Meradong bersama YB Datuk Fatimah Abdullah.

Jalinan Kasih Skuad Sayang N46 Meradong

$
0
0

Turun padang.... melawat rakyat sambil memberi sumbangan.



RANG UNDANG2 MEMPERKASA BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH  BERJAYA DIBENTANGKAN DI PARLIMEN

$
0
0

RANG UNDANG2 MEMPERKASA BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH  BERJAYA DIBENTANGKAN DI PARLIMEN

Alhamdulilllah hari ini tercatat dalam sejarah akhirnya Rang Undang2 Persendirian untuk meminda Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah berjaya juga dibentangkan di Parlimen. Usul yang dibawa oleh Presiden PAS YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang, turut dicadangkan oleh Menteri daripada Barisan Nasional sendiri Datuk Seri Azalina Othman dan disokong seorang lagi Timbalan Menteri BN iaitu Datuk Rosnah Shirlin, walaupun mendapat tentangan hebat daripada Ahli2 Parlimen DAP.

Akta ini dicadangkan untuk dibahas dan dipinda bagi membolehkan Mahkamah Syariah diperluasakan kuasa lebih besar menjatuhkan hukuman yang berkaitan dengan Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad melebihi kuasa yang sedia ada yang sebelum ini hanya terhad kepada hukuman denda RM5,000, penjara 3 tahun dan sebatan sebanyak 6 kali.

Dengan pindaan Akta 355 ini kelak diharapkan hukuman kepada jenayah2 tertentu dapat dinaikkan ke tahap sebagaimana yang ditetapkan oleh Syariah dan tidak sesekali melangkaui bidang kuasa Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

Harus diingat pindaan ini tidak langsung menyentuh orang bukan Islam kerana ia hanya melibatkan perluasan kuasa2 Mahkamah Syariah dibawah negeri2 sebagaimana peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Moga Allah membuka hati Ahli2 Parlimen Malaysia untuk menerima usul ini kelak tanpa perlu mencetuskan andaian2 yang tidak benar apatah lagi menakut2kan rakyat dengan sesuatu yang tidak berasaskan realiti sebenar hukum syarak dan realiti masyarakat berbilang agama dalam konteks negara ini.

*YB SENATOR DATO' DR ASYRAF WAJDI BIN DATO' DUSUKI*
Timbalan Menteri
Di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)

Program Gotong-royong membersihkan perkuburan Melayu Bintangor

$
0
0

Program anjuran Surau Darul Ikhsan Bintangor.


Majlis Penghargaan kepada Petugas Rela Meradong PRN Ke 11 dan Sambutan Pra Gawai

$
0
0

Majlis dirasmikan Oleh YB Abdullah Hj. Saidol ADUN N42 Semop merangkap Ketua Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri Sarawak.YB Abdullah menyumbangkan RM5000 Dan peralatan Siaraya kepada Rela Meradong. Sebanyak RM5000 turut juga disumbangkan kepada Agensi Kerajaan lain dibawah Kawasan Meradong yang terlibat dalam PRN yang lepas.

Majlis Penghargaan dan kesyukuran YB Datu Haji Len Talib Salleh.

Perlukah ada nada ugutan?

$
0
0

Perlukah ada nada ugutan?

Kegusaran keatas tindakan Ahli Yang Berhormat  yang berusaha untuk menyertai PBB amat difahami.

Kemasukan mereka akan menjadikan PBB mampu untuk mentadbir Sarawak tanpa bantuan parti-parti lain.

Dan ini akan membuatkan parti-parti lain merasakan mereka tidak releven.

Perkara yang saya ingin sentuh disini ialah bukannya pandangan bahawa parti-parti lain dalam Barisan Nasional Sarawak akan menjadi tidak releven tetapi mengenai nada angkuh sesetengah pemimpin dalam menyuarakan pandangan mereka.

Adakah mereka beranggapan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berjaya mempamerkan mutu kepimpinan yang tinggi untuk memenangi pilihanraya negeri yang lepas dengan secara tidak sengaja?

Dalam erti kata lain, adakah beranggapan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebenarnya lemah?

Adakah ini dimaksudkan mereka apabila berkata-kata dengan nada yang sedikit pun tidak menunjukkan rasa hormat kepada pemimpin nombor satu PBB dan Pengerusi BN Sarawak?

Adakah pilihanraya perlu diadakan sekali lagi untuk PBB membuktikan bahawa Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebenarnya layak untuk dihormati oleh mereka?

Pada mulanya saya beranggapan sikap yang kurang menghormati ini akan dengan sendirinya akan hilang apabila Datuk Patinggi Tan Sri Adenan mampu memdapatkan mandat yang besar daripada rakyat 7hb yang lalu.

Malangnya, sikap tersebut sudah menebal dalam diri mereka.

Apakah yang perlu dilakukan supaya mereka akan menghormati Datuk Patinggi Tan Sri Adenan?

Sumber:pandisuhaili.blogspot

Viewing all 3667 articles
Browse latest View live